Awas! Ini zaman yang mengelirukan
﴿وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا٣٦﴾
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Surah al-Isra’: 36)
Ayat di atas termasuk sebahagian daripada ayat yang panjang, ketika Allah S.W.T menyebutkan beberapa perkara pada sebelumnya dan diakhiri dengan firman-Nya:
﴿ذَٰلِكَ مِمَّآ أَوۡحَىٰٓ إِلَيۡكَ
رَبُّكَ مِنَ ٱلۡحِكۡمَةِۗ وَلَا تَجۡعَلۡ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ
فَتُلۡقَىٰ فِي جَهَنَّمَ مَلُومٗا مَّدۡحُورًا٣٩﴾
“Perintah
yang demikian itu ialah sebahagian daripada hikmah (kebijaksanaan) yang
telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad SAW) oleh Tuhanmu. Dan
(ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain
yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam Neraka
Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (daripada rahmat
Allah).”
(Surah al-Isra’: 39)
Rasulullah S.A.W pula memberikan amaran bahawa akan berlaku pada akhir zaman satu keadaan yang menjadi tanda kemusnahan alam ini. Sabda Baginda S.A.W:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “سَيَأْتِي عَلَى
النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ
فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا
الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ”. قِيلَ: وَمَا
الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: “الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ”.
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan
datang melanda manusia tahun-tahun yang sangat menggodakan, sehingga
dipercayai pembohong, dibohongi orang yang benar. Amanah diberikan
kepada pengkhianat dan dikhianati orang yang benar-benar amanah.
Golongan al-Ruwaibidhah (orang yang jahil) bercakap. Lalu ditanyakan:
“Siapakah itu?” Sabda Baginda: Apabila orang yang bebal bercakap perkara
yang besar.”
(Riwayat Ibn Majah 4036)
Kitab suci al-Quran adalah hidayah
(petunjuk) dan mukjizat ilmu yang dipelihara oleh Allah S.W.T sehingga
tibanya ajal dunia, yang ketika itu tulisan dan hafazan al-Quran akan
dihapuskan.
Maka umat Islam yang setia kepada agamanya
diperintahkan supaya sentiasa berpegang dengan al-Quran dan
menjadikannya cahaya yang menyuluh kebenaran. Rasulullah S.A.W telah
meninggalkan pusaka ilmu yang menunjukkan cara pelaksanaan al-Quran,
khususnya apabila berlakunya sebarang pertelingkahan dalam semua
perkara. Allah S.W.T berfirman:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ
أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ
فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن
كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ
وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾
“Wahai orang-orang yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah (secara
mutlak) dan (taat secara bersyarat) kepada Ulil Amri (para umara’ yang
berkuasa dan berilmu, serta para ulama’) dalam kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah (saling berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah (Kitab al-Quran) dan
Rasul-Nya (Sunnah), jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.”
(Surah al-Nisa’: 59)
Antara perkara yang paling besar dalam
Islam ialah urusan politik yang diberikan peranan kepada manusia
menguruskannya mengikut ketetapan Allah S.W.T. Politik merupakan
sebahagian daripada ilmu feqah Islam yang sangat penting.
Malangnya
ramai di kalangan umat Islam terpengaruh dengan ajaran bukan Islam yang
memisahkan politik daripada urusan agama, sehingga mengakibatkan
munculnya orang-orang yang jahil terhadap agama. Lalu mereka itu
bercakap dan menulis perkara melibatkan urusan politik menggunakan akal
semata-mata tanpa merujuk kepada ilmu Islam yang menjadi sebahagian
daripada mukjizat al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W.
Pada
akhirnya Islam sebuah agama yang indah dirosakkan. Apatah lagi pada
zaman wujud kebebasan media, terdapat musuh Islam yang sanggup
berbelanja besar menggunakannya sebagai alat bertujuan menyebarkan
kekeliruan dan kesesatan, termasuklah untuk meragukan orang ramai
terhadap Islam dan perjuangannya yang sebenar.
Ramai di kalangan
penganut Islam yang hanya berfikir untuk mencari makan dan menjadi
khadam mereka, semata-mata untuk mendapatkan imbuhan. Pada masa yang
sama, mereka tidak menyedari bahawa pemikiran yang disebarkan itu
sebenarnya menempah dosa yang berpanjangan sehingga meninggal dunia.
Allah
S.W.T memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman, supaya
berilmu dan beramal dengan ikhlas berkonsepkan aqidah yang benar-benar
daripada-Nya. Kemudian diwajibkan pula mendirikan solat lima kali sehari
semalam, dengan doa yang sentiasa disebutkan dalam setiap rakaat:
﴿إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ
نَسۡتَعِينُ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ
أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا
ٱلضَّآلِّينَ٧﴾
“Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami
sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5);
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6); Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang
yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(7).”
(Surah al-Fatihah: 5-7)
Kita disuruh agar memohon petunjuk ke
jalan yang benar dengan mengikuti ajaran para nabi, orang-orang yang
siddiq (benar kepercayaan dan amal), para syuhada’ (pejuang yang
terbukti sehingga akhir hayat tidak menyeleweng dalam mengharungi
perjalanan hidup) dan orang-orang yang soleh.
Begitu juga kita
tidak ingin mengikuti jalan orang yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Mereka
itu daripada kalangan orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan
ilmunya, bahkan menyesatkan orang lain.
Selain itu, kita memohon
kepada Allah dijauhkan daripada jalan orang-orang yang sesat tanpa ilmu
dan pengetahuan. Lebih malang mereka di kalangan yang jahil murakkab
sebagaimana ditakrifkan oleh Imam al-Ghazali iaitu mereka yang tidak
tahu atau tidak sedar diri jahil masing-masing dan juga bersifat
takabbur.
Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W memberikan peringatan
kepada para sahabat dan umatnya, lalu Baginda S.A.W melakarkan di atas
tanah satu garis yang lurus dan dilakarkan cabang-cabang yang banyak,
serta membacakan firman Allah:
﴿وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا
فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن
سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ١٥٣﴾
“Dan
bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang
lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu)
mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah, Dengan yang demikian itulah
Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-An’am: 153)
Seterusnya Baginda S.A.W bersabda:
هَذِهِ السُّبُلُ، وَلَيْسَ مِنْهَا سَبِيلٌ إِلَّا عَلَيْهِ شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ.
“Cabang-cabang ini adalah jalan yang sesat, pada setiap cabang itu ada syaitan yang menggoda supaya bersamanya.”
(Riwayat Ahmad 4437)
Allah S.W.T berfirman lagi dalam surah yang lain:
﴿وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ
عَدُوّٗا شَيَٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِي بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٖ
زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُۖ
فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ١١٢ وَلِتَصۡغَىٰٓ إِلَيۡهِ أَفِۡٔدَةُ
ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأٓخِرَةِ وَلِيَرۡضَوۡهُ وَلِيَقۡتَرِفُواْ
مَا هُم مُّقۡتَرِفُونَ١١٣ أَفَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡتَغِي حَكَمٗا وَهُوَ
ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكِتَٰبَ مُفَصَّلٗاۚ وَٱلَّذِينَ
ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡلَمُونَ أَنَّهُۥ مُنَزَّلٞ مِّن رَّبِّكَ
بِٱلۡحَقِّۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ١١٤ وَتَمَّتۡ كَلِمَتُ
رَبِّكَ صِدۡقٗا وَعَدۡلٗاۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَٰتِهِۦۚ وَهُوَ
ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ١١٥ وَإِن تُطِعۡ أَكۡثَرَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ
يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ
هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ١١٦ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ مَن يَضِلُّ عَن
سَبِيلِهِۦۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ١١٧﴾
“Dan
demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada kalangan
syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagiannya membisikkan kepada
sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya
untuk memperdayakan pendengar. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah
mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang
mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (112);
Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga
supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu. (113);
(Katakanlah wahai Muhammad): “Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata
dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain
daripada Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab
al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar
dan yang salah)?” Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui
bahawa al-Quran itu adalah diturunkan daripada Tuhanmu dengan
sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah
seorang) daripada golongan yang ragu-ragu. (114); Dan telah sempurnalah
Kalimah Tuhanmu (al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya)
dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatu pun
daripada Kalimah-kalimah-Nya; dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Mengetahui. (115); Dan jika engkau menurut kebanyakan orang
yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan
Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan
mereka tidak lain hanyalah berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang
lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. (116).”
(Surah al-An’am: 112-116)
Kita mesti berwaspada pada zaman mutakhir
yang canggih ini, kerana wujud golongan syaitan yang menggunakan media,
tentera upahan dan sukarelawan untuk menyebarkan maklumat dan tulisan
yang menarik. Tetapi menyesatkan akal sehingga menghilangkan jati diri
umat Islam.
Pertama, ada sebahagian yang mendedahkan diri
sendiri, bahkan ada yang menentang Islam secara terbuka seperti
mempersendakan hukum Islam yang mereka fikirkan bodoh dan tidak
bertamadun. Sehingga perbuatan mereka itu menunjukkan diri mereka
sendiri paling tidak bertamadun di rimba.
Allah S.W.T berfirman:
﴿وَلَئِن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ
إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ
وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ٦٥ لَا تَعۡتَذِرُواْ قَدۡ كَفَرۡتُم
بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَآئِفَةٖ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ
طَآئِفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ مُجۡرِمِينَ٦٦﴾
“Dan jika
engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka
akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.”
Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu
memperolok-olok dan mengejeknya?” (65); Janganlah kamu berdalih (dengan
alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah
kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana
mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka
adalah orang-orang yang terus bersalah). (66).”
(Surah al-Taubah: 65-66)
Kedua, ada juga kalangan mereka yang
berpura-pura menyokong Islam secara provokasi, supaya dilaksanakan
syariat Islam tanpa ada sifat bertafaqquh. Sedangkan mereka jugalah yang
menjadi penghalang dan bersekongkol dengan musuh Islam kerana mahukan
kemenangan dunia yang segera tanpa mempedulikan wawasan akhirat.
Firman Allah:
﴿بَشِّرِ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ
عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ
مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ
ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعٗا١٣٩﴾
“Sampaikanlah khabar
berita kepada orang-orang munafiq bahawa sesungguhnya disediakan untuk
mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138); (Iaitu)
orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan
meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka
(orang-orang munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang
kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya
ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
(139).”
(Surah al-Nisa’: 138-139)
Allah S.W.T berfirman kepada orang-orang yang beriman:
﴿وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا٦٣﴾
“Dan
hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang
berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang
berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka
menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak
diingini.”
(Surah al-Furqan: 63)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
6 Zulhijjah 1441 / 27 Julai 2020 – HARAKAHDAILY 27/7/2020
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pengarang penerbit serta penganut2 TAKSUB Malaysiakini telah memutar belit dn edit saranan TGHH INI.
BalasPadam