Header Ads

Header ADS

MB Kedah pertahan tindakan roboh kuil Hindu


ALOR SETAR:
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu berdekatan stesen kereta api di sini, dengan berkata langkah itu sah di sisi undang-undang dan notis mencukupi sudah diberikan kepada penjaga rumah ibadat itu.

Dalam sidang media yang disiarkan menerusi Facebook, katanya, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sudah mengeluarkan 4 notis sejak 10 Jan 2019 dan yang terbaru bertarikh 17 Jun lalu.

Beliau berkata, kerajaan Kedah turut menawarkan tapak lain kepada penjaga kuil itu, tetapi mereka menolaknya akibat “dicucuk” pihak ketiga.

“Boleh pindah ke tempat disediakan, tapi oleh kerana ada cucuk jarum P Ramasamy,” katanya merujuk timbalan ketua menteri Pulau Pinang II.

“Pulau Pinang pun (ada perkara) tak selesai – (dia patut) balik ke Pulau Pinang.”

Kuil itu yang terletak di bawah sepohon pokok di seberang stesen kereta api Alor Setar, dirobohkan MBAS pada awal pagi 9 Julai lalu.

MBAS sudah menyerahkan notis pengusiran untuk rancangan perobohan itu beberapa minggu lebih awal atas alasan ia dibina “secara haram” di tanah rizab jalan dan mengganggu aliran lalu lintas.

Ramasamy antara individu yang membantah perobohan itu.

Sanusi berkata, kuil itu mungkin diperluaskan dan menimbulkan “masalah lebih besar” jika kerajaan negeri tidak mengambil tindakan.

Beliau turut menolak dakwaan penjaga kuil itu yang ia berusia hampir 100 tahun kerana ia hanya berusia kira-kira 70 tahun.

“Saya minta maaflah kepada penganut kuil itu kerana ini undang-undang dan tindakan terpaksa diambil.”

“Kita bukan berlaku tidak adil kepada satu kaum. Ini bukan isu rasis. Ini isu peraturan, undang-undang.”

Mengenai kuil yang bersaiz 8 kali 12 kaki itu, katanya: “Boleh bawa balik rumahlah kalau suka, bukan besar sangat.”

Beliau berkata, penjaga kuil itu pernah berjumpa dengannya untuk merayu terhadap arahan perobohan yang diberikan MBAS. Mereka kemudiannya diberikan tempoh sebulan untuk berpindah, tetapi apabila beliau mendapati kuil itu dibina secara haram, beliau memberi masa 10 hari kepada mereka berpindah.

Katanya, mesyuarat exco turut memberikan mereka tambahan masa 7 hari.

“Dia janji dengan saya, bagi tempoh saya (mereka) akan pindah. Dia ada peraturan yang dikuatkuasakan MBAS, ada akta.

“Sekarang mereka pergi sembahyang itu pokok pula (tapak lama kuil itu), nak timbulkan suasana yang tak harmoni di Kedah.”

Katanya, mereka yang mahu tinggal dalam keadaan sedemikian boleh “pindahlah tinggal di Pulau Pinang” kerana penduduk di Kedah “perlu mematuhi peraturan”.

Ditanya jika saki-baki kuil itu sudah dipulangkan kepada penjaganya, beliau berkata: “You mahukah? Saya tengok gambar kaki dia patah. Patung itu kecil saja, besar tinggi lututlah lebih kurang.”

Mengenai satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung perobohan itu, katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia disiasat.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. MB Kedah patut ambil peluang dari isu ini untuk memperjelaskan konsep ketuhanan dan peribadatan kepada rakyat terutama yg bukan Islam...

    BalasPadam
  2. Negara mempunyai undang-undang Dan peraturan tetapi sebilangan orang kafir sesuka Hari melanggarnya dengan membina kuil dll di atas tanah milik orang lain atau tanah kerajaan tanpa sebarang kebenaran dari pihak berkaitan.

    Maka puak kafir telah melanggar undang-undang dan peraturan negara dengan menceroboh tanah persendirian, tanah Syarikat atau tanah kerajaan dll.

    Apabila pihak berkuasa mahu merobohkan kuil haram dll , puak kafir akan membuat heboh, kekecohan, hasutan perkauman atau rusuhan sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan dll dan kecederaan atau kematian orang yang tidak bersalah seperti saudara Adib.

    Pihak berkuasa perlu bertindak tegas ke atas kuil haram dll sebelum ia menjadi konflik antara kaum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Negara mempunyai undang-undang Dan peraturan tetapi sebilangan orang kafir sesuka hati melanggarnya dengan membina kuil dll di atas tanah milik orang lain atau tanah kerajaan tanpa sebarang kebenaran dari pihak berkaitan

      Padam
  3. Mula2 lilit benang..lepas tu lilit bata simen..masalah2 jika d biarkan..

    BalasPadam
  4. Kalau dibiarkan esok ada pokok jati depan rumah kita pun nak dijadikan kuil.

    BalasPadam
  5. Terbaik MB,,,Allahhuabar 3x.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap perbetulkan takbir tu tuan...kalau bleh editor tlg perbetulkan menda2 camni

      Padam
  6. Terbaik MB. Moga jadi contoh kepada MB MB lain. Memang dah berleluasa perkara ini terutama sekali di Selangor di mana Tokong Tokong di bina secara haram tanpa menepati undang-undang akhirnya menjadi halangan lalu lintas dan membahayakan orang awam.
    Bangsa ini tidak menghormati undang-undang dan perlu diambil tindakan yang tegas.
    Selama ini kita kuat bertolak ansur demi menjaga hati mereka, tetapi apabila kepala kita dipijak, undang-undang diperlekeh kan hingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda, kita tidak boleh berdiam diri.
    Inilah masanya orang Melayu perlu ambil tanggungjawab dalam memerintah Malaysia dengan cara Islam dan tradisi Melayu. Tak boleh ikut cara mereka yang cakap besar, gah sana sini tapi habuk pun tarak.

    BalasPadam
  7. Ikut undang2 sajalah. Ini bukan negara individu. Setiap negara Ada peraturannya..

    BalasPadam
  8. agama ISLAM agama yang diredhai dirahmati ALLAH dan ADIL pada semua.bila BERSIFAT ADIL DAN TOLAK ANSUR org kafir memijak kepala dan menguris hati umat ISLAM.lihatlah di Bkit Bendera dimana kuil LEBIH BESAR dari Masjid serta patung berhala terbesar di Batu cave dan Tumpat.Umat ISLAM BERPEGANG TEGUH dgn ALQURAN HADIS mentadaburkan Surah ALIkhlas dan AL kAFIRUN..wpun kebebasan agama lain dlm perlembagaan negara

    BalasPadam
  9. PBT dan pegawai kerajaan sering buat lawatan ke luar negara kononnya untuk study tours. Tak usah pergi jauh. Pergi ke seberang tambak johor, tengok dan contohi bagaimana Singapura menangani masalah pembinaan tokong dan kuil hindu secara haram. Kita tak nampak benda ni di sana. Bagaimana mereka buat. Tanyalah mereka. Baru ada faedah dari lawatan yg dibuat, bukan sekadar makan angin dan mengabihkan boreh kata orang nogori 9.

    BalasPadam
  10. Notia dah dikeluarkan sejak 10 Jan 2019 semasa zaman PH. Jadi ini bukan rasis spt yg MB cakap. Ramasamy atau pemimpin PH tak boleh nak jadikan ini isu perkauman.

    BalasPadam
  11. awat nak suruh depa mai penang..?
    penang ni pulau lambakkan cina ngan pariah haram jadah ka..?

    hang ingat kat penang dh takda org melayu kot..?

    sepatutnya org Kedah la mai penang...tukaq alamat mengundi bagi yang ada rumah di penang atau bekerja di penang.
    bantu lah org penang menangkan penang kembali dari tangan kafir.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.