Header Ads

ads header

Flash News

MCA Pasir Gudang sokong Muafakat Nasional


JOHOR BAHRU:
MCA Pasir Gudang menolak sebarang bentuk gabungan politik baharu yang hanya bersandarkan kepada kepentingan politik sesetengah pihak demi terus kekal tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Pengerusi MCA Pasir Gudang, Tan Tuan Peng berkata, sehubungan itu pihaknya menyokong penuh Muafakat Nasional (MN) dan ia harus diperkukuhkan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15).

“Ini kerana kami berpendapat MN adalah medium politik paling tepat serta bersesuaian dengan landskap politik negara yang berubah selepas pilihan raya umum lalu.

“MCA selaku parti komponen Barisan Nasional (BN) berharap MN yang telah dimeterai melalui piagamnya bersama rakan baharu, Pas akan terus diperkuat dalam menghadapi pilihan raya semakin dekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya lagi, MCA Pasir Gudang komited dan berdiri teguh untuk berjuang bersama MN dalam membawa suara rakyat kerana percaya hanya gabungan itu benar-benar diperlukan rakyat buat masa ini.

“Justeru itu, kami sekali lagi menegaskan bahawa MN adalah gabungan terbaik kerana mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dan menolak segala bentuk gabungan hanya untuk kepentingan pihak tertentu sahaja,” katanya.

# UM

MR :  Bila sesuatu diasaskan atas Islam, lama-lama orang nampak kebaikannya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan