Header Ads

ads header

Flash News

PM adakan pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen PN


KUALA LUMPUR:
Satu perjumpaan tertutup melibatkan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diadakan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Difahamkan, perjumpaan pada pukul 1 petang itu diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui berkata, perjumpaan itu adalah pertemuan biasa Ahli Parlimen PN yang membincangkan pelbagai perkara.

“Kami bincang macam-macam, tapi satu pun tidak boleh beritahu media,” katanya.

Ditanya sama ada kedudukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam parti turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut, beliau enggan mengulas lanjut.

“Macam-macam (perbincangan),” ujar beliau.

Sementara itu, memetik laporan portal PN BBC, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan pertemuan yang dihadiri semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Pertemuan itu adalah pertemuan biasa yang diadakan dari semasa ke semasa,” katanya.

# UM

MR :  Teruskan perbincangan dan dialog untuk luruskan mana-mana yang kusut


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan