Mesyuarat pertama MN Johor bincang perkukuh kerjasama Umno-PAS
ISKANDAR PUTERI: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Johor hari ini berkisar kepada soal pengukuhan hubungan Umno dan PAS di negeri itu menerusi pelbagai program di peringkat akar umbi.
Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad berkata, soal pengagihan kerusi bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tidak dibincangkan.
“Hari ini (mesyuarat) adalah supaya kerjasama antara Umno dan PAS diperkukuhkan,” kata menteri besar Johor itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini hari ini, yang turut dihadiri pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin.
Beliau berkata, mesyuarat hari ini bersetuju supaya Johor terus mempertahankan kerjasama dan mendukung MN di peringkat negeri ini menerusi pembentukan jawatankuasa pemantau dan jawatankuasa pelaksana.
“Tujuan penubuhan jawatankuasa pemantau dan pelaksana adalah untuk menjalankan program dan melaksanakan beberapa tanggungjawab, termasuk memantau program yang dilaksanakan di bahagian atau kawasan,” katanya.
“Di peringkat negeri ditubuhkan jawatankuasa pemantau, manakala di
peringkat bahagian, ditubuhkan jawatankuasa pelaksana,” katanya dengan
menambah jawatankuasa pemantau itu masing-masing dianggotai 12 anggota
daripada Umno dan 12 daripada PAS. - FMT
MR : Tanda kebaikan dan jalan sukar untuk PH
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Ya ALLAH
BalasPadamMenang besarlah Muafakat Nasional PRU15 ini.
AMIN