Muafakat Nasional hulur pelawaan rasmi kepada Bersatu kata Annuar Musa
Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Katanya Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu.
“Kira-kiranya kami sudah mempelawa secara rasmi, namun kami tidak tergesa-gesa. Setiap parti ada prosedur termasuk membawa cadangan itu ke majlis tertinggi parti masing-masing untuk dibincangkan.
“Kami hanya tunggu keputusan mereka. Apa yang penting bagi Bersatu, Umno dan PAS ialah kita harus kekalkan hubungan kerjasama yang harmoni,” katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Awam Bukit Kiara di Kuala Lumpur.
Muafakat Nasional merupakan kerjasama politik Umno dan PAS yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept tahun lepas.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut yakin perkara itu akan selesai menjelang ulang tahun pertama kerjasama berkenaan.
#Kredit : - Bernama
MR : MN pelawa Bersatu, Bersatu pohon untuk sertai.. Tak ada isu
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Syabas Muafakat Nasional..anda memang hebat dan berintegriti tinggi..rakyat Melayu Islam sentiasa mendoakan kalian para pemimpin sentiasa dibawah lembayung rahmat dan pimpinan Allah swt..bersama kita satukan semua umat Islam di Malaysia dgn ikatan iman dan taqwa..hanya ikatan ini yg tidak dpt sama sekali dileraikan oleh musuh2 Islam..takbirrrr....
BalasPadam