Header Ads

Header ADS

Mural Al-Sultan Abdullah, pemimpin negara dirosakkan


Set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial. Selain potret Seri Paduka, yang dilukis di dinding bangunan di sana, turut menjadi hiasan adalah potret Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut klip video pendek berkenaan mural yang diconteng itu dan dimuat naik di Twitter pagi ini, perkataan “babi” ditulis di antara potret Abdul Hadi dan Muhyiddin, dan bersebelahan gambar Al-Sultan Abdullah.

Sementara perkataan “bangsat” diconteng di tengah-tengah potret Dr Noor Hisham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Polis katanya, akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kes berkenaan hari ini.

Sementara itu, contengan di potret berkenaan menerima banyak kritikan dari pihak orang ramai dan juga ahli politik.

Ini termasuk dari Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

"Tindakan ini tidak seharusnya berlaku, terutama melibatkan potret DYMM YDPA.

"Saya gesa pihak berkuasa untuk menyiasat tindakan provokasi ini dan menyeret mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata Lim di Facebook.

Fahmi juga menyiarkan mesej serupa di Twitter: "Saya harap @PDRMsia akan segera mengenal pasti dan menangkap mereka yang merosakkan lukisan ini."

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam ciapannya di Twitter, menggesa pigak berkuasa untuk menangkap mereka yang terlibat itu.

urging authorities to collar those responsible.

“Tangkap segera orang yang terlibat rosakkan mural/lukisan dinding ini. Harap ada CCTV yang berhampiran.

“Tidak kira siapa terlibat, vandalism seteruk ini sangat tidak kena kpd adab #rakyat #Malaysia,” katanya.


MR :  Kalau tanya Mahathir mesti di kata angkara Najib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Nie kje org2 tongong ph la nie
    Klu x bodoh bkn penyokong ph namenye
    Bodoh bangang tolol biol bahlol dengan penyokong ph berpisah tiada
    Puihhhhh dap

    BalasPadam
  2. Rm50k gaji zaman ph dia tak bohong,,zaman pn cuma rm8k,,jadi siapa rompak.negara lebih banyak,,zaman ph rm50k boleh bayar gaji 6 lantikan zaman pn,,dasar celaka ph

    BalasPadam
  3. Ni mesti keje penyokong Lid Carlsberg.. bengap ni mmg menghancurkan shah alam.

    BalasPadam
  4. Inilah kes yg perlu menjadi PANAS kpd pihak PDRM utk mlakukan siasatan dn tangkapan....ayuh KPN danPDRM..serlahkn lah GAH mu....

    BalasPadam
  5. Macam mana nak jadikan contoh kalau dalam parlimen dan waktu ceramah ahli2 parlimen pun macam setan? Sebab itu orang2 muda sekarang teruk. Ugama dan adab dah buang ke tepi.

    BalasPadam
  6. Saya rasa amat bersyukur kerana diberikan kerajaan yg benar2 ambil berat hal2 kebajikan rakyat dan ekonomi negara dalam masa yg singkat lagi. Klu nak harapkan kerajaan sebelum ni ph,saya rasa tak dapat apa yg kita dapat hari ini. Mereka lebih pentingkan nama,status,dan mcm2 lagi. Yg untuk rakyat ada,tapi sekadar utk mndapatkan nama saje. Juga agenda politik ph pun terpesong jauh,dgn Tun M nak kan anaknya Mukriz menggantikan nya 1 hari nanti. Tapi dgn sikap yg tak sepatutnya ada pada seorang yg memimpin ada pada dia....ujung2 termination juga,klu dulu dgn Tok Najib,skrg dgn TSMY plak. Jadi nyatalah sudah siapa Mukriz yg sebenarnya...Kepada bangsa2 melayu khususnya,mai lah kita bersatu dibawah satu payung yg mmg kita dah nampak kehebatannya menangani covid19,ekonomi dan kebajikan rakyat yg dijaga...saya merayu dah lupakan lah Anuar ibrahim yg dari 1998 gilakan kuasa yg mmg dinantikan oleh dap. Jom lah kita bergabung dibawah parti yg diterajui oleh bangsa tanah air kita sendiri supaya kita tak di kotak katikkan oleh dap. Jom join PN jgn dok fikir lagi,sbb dah nyata kebolehan PN.Sekian wassalam.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.