Header Ads

ads header

Flash News

Nabi Muhammad bukan lari ke Madinah, kata Menteri Agama


KUALA LUMPUR:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Nabi Muhammad tidak melarikan diri ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Beliau berkata, Nabi Muhammad berhijrah atas perintah Allah selepas merujuk dalam 1 kitab fiqh sirah karya Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti.

“Terima kasih dan pertama saya mohon maaf sebab masa itu saya tidak ada dalam dewan. Kedua, sekadar melihat beberapa sedutan semata-mata sepatutnya kalau kita lihat keseluruhan beliau (Mohamad Sabu) ada menafsirkan maksud 1 persatu.

“Saya teringat dalam 1 kitab fiqh sirah yang dikaryakan oleh guru kami Syeikh Muhammad Said Ramadan Al-Buti apabila beliau mentakrifkan hijrah. Beliau menyatakan Nabi Muhammad tatkala hijrah ke kota Madinah bukanlah bermakna Nabi Muhammad melarikan diri.

“Tetapi atas perintah tuntutan Allah dan istilah hijrah berbeza sangat dengan mana-mana terma dari segi agama berbanding dengan yang lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PPBM-Sabak Bernam) yang meminta penjelasan sama ada Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) boleh diklasifikasikan sebagai menghina Nabi Muhammad selepas mengeluarkan istilah tidak betul dengan menukar hijrah kepada pelarian.

Semalam, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat di Dewan Rakyat untuk menggesa Mohamad menarik balik kenyataannya yang Nabi Muhammad adalah pelarian.

Beliau berkata, kenyataan itu merupakan kesimpulan mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

Sebelum itu, Mohamad mengingatkan yang tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian, termasuk Nabi Muhammad.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita anggap, kita lupa Islam itu ditegakkan oleh pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah,” katanya.

# FMT

MR :  2 penasihat AMANAH bisu lagi.. mana Ahmad Awang?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Memang Nabi ke Madinah atas perintah Allah.. nak taknak kenelah pegi.. dah perintah.. Rohingya punya isu camane plak? Diorang kene tunggu perintah Allah secara terus jugak ke baru tak dipanggil pelarian? Istilah je yg lain.. Pelarian ada byk jenis.. ada yg lari.. ada yg menyelamatkan diri.. ada yg menyelamatkan iman.. ada yg menyelamatkan nyawa.. dalam kes Rohingya ni sedikit sebanyak ada persamaan dgn hijrah Nabi.. hijrah demi menyelamatkan iman dan nyawa.. cuma diorang ni dipanggil pelarian je.. ape kate Rohingya ni kita tukar panggil "penghijrahan" ganti "pelarian".. selesai masalah.. orang politik je yg keliru sbb hidup dah biasa menipu mengelirukan rakyat.. kalau macam tu dulu ramai yg kata budak2 muda berhijrah ke kuala lumpur utk mencari rezeki dan membina hidup baru.. sesuai ke perkatan "hijrah" tu utk mereka?.. kenapa orang agama tak bising plak? Kenapa politician tak bising plak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sama....dan tak boleh disamakan....Rasulullah diperintah Allah untuk menjadi pemimpin dan membina NEGARA ISLAM diMadinah.... kalau rohingya datang Malaysia untuk bina NEGARA ISLAM juga baru kita boleh kata dia seperti keadaan Rasulullah....beza besar hijrah dengan pelarian....apa apa hal pun x boleh sebut pelarian....BEZA BESAR ANTARA MAKSUD HIJRAH DENGAN PELARIAN SAMA JUGA ISTILAH KAHWIN DENGAN ZINA....WALAUPUN SAMA2 DAPAT NIKMAT SEX....LAIN DARJAT NYA

      Padam
    2. Tiada sejarah atau mana mana sejarawan ada menyebut Nabi adalah seorang pelarian kerana dakwah Nabi telah berjalan sebelum baginda berhijrah ke Madinah lagi.Bukannya berhijrah dahulu barulah berdakwah. Penghijrahan Rasulullah adalah satu strategi sunnahtullah dan ibarat langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan pelarian Rohingya dari sudut cabaran,ancaman,kezaliman yang dihadapi Rasulullah dan para sahabat kerana pelarian Rohingya ke Malaysia di dalangi sindiket pemerdagangan manusia tetapi mulut longkang dari mat sabun yang telah tidak siuman sejak mengkhianati jamaah pas. Komen awanama 5:35 ptg menunjukkan kebangangan kartel RBA dogpig suku sakat arif muluk yang songsang pemahaman seberti mat sabun

      Padam
  2. Allah arah Nabi pergi Madinah dianggap pelarian...bagaimana pekerja yg berkerja dgn kerajaan dan swasta yg di arah oleh boss bekerja di tempat lain. Adakah mereka jg dianggap pelarian..

    BalasPadam