Header Ads

ads header

Flash News

Kelibat Rosmah tidak kelihatan di mahkamah


KUALA LUMPUR:
Ketiadaan kelibat isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada keputusan kes SRC International membabitkan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Perkara itu menimbulkan spekulasi mengenai keberadaan Rosmah yang dilihat sering menemani Najib, terutama membabitkan hal dan acara penting.

Terdahulu, anak lelaki dan anak tiri Najib, Norashman dan Riza Shahriz Abdu Aziz, dilihat tiba di mahkamah kira-kira jam 9.50 pagi bagi mengikuti prosiding kes terbabit.

Bagaimanapun, sehingga jam 2.23 petang tadi, Rosmah tidak kelihatan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, walaupun Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mensabitkan Najib bersalah atas semua tujuh pertuduhan yang dihadapinya.

Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, menerusi laman sosial instagram peribadinya, menzahirkan rasa terima kasih kepada ratusan penyokong yang hadir memberi semangat kepada bapanya yang juga Ahli Parlimen Pekan.


MR :  Dah lama sebenarnya tak ada begitu kes Rosman Najib tak hadir sama..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan