Header Ads

Header ADS

Najib baca 'sumpah laknat' sekali lagi, nafi tahu RM42 juta


Setelah pihak pembelaan dan pihak pendakwaan melengkapkan hujah mereka untuk mitigasi, tertuduh Najib Razak bercakap kepada mahkamah.

Beliau bermula dengan meringkaskan pencapaian ekonomi yang berjaya dilakukannya selama menjadi perdana menteri.

"Saya bertanggungjawab untuk menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), yang saya tidak pernah diberi penghargaan yang cukup. Saya mahu memastikan negara tidak (melakukan) salah guna kuasa.

"Dalam hal ini, saya mengemukakan cadangan untuk menerapkan sistem yang lebih telus bagi sumbangan politik. Sayangnya, cadangan itu memerlukan sokongan dua parti tetapi pembangkang pada masa itu tidak setuju dan cadangan itu akhirnya tidak dapat dilihat," katanya.

Beliau menyelesaikan kenyataan pendeknya dengan membacakan "sumpah laknat" sebelum menyatakan bahawa beliau tidak meminta wang RM42 juta itu.

"Saya tidak merancang (menerima) RM42 juta dan juga tidak ditawarkan RM42 juta. Tidak ada bukti atau saksi yang mengatakan demikian.

"Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta itu. Wallahi, Wabillahi, Watallahi," katanya.


MR :  Siapa pula yang terkena percikan sumpah laknat ini? Allah janji akan binasa mereka yang membuat fitnah atau yang bermain dengan sumpah...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Salah Najib percayakan Cina/Kafir lebih dari orang Melayu/Islam. Satu pengajaran buat orang Melayu/Islam yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesilapan bukan kesalahan sebab kita muslim sentiasa bersangka baik tetapi sekarang kena lebih dari berhati hati. Jangan sekali kali ditelunjuk oleh kafir. Insya Allah sumpah laknat akan terbalas.

      Padam
  2. Dah terlambat dah Najib. Dulu mase ko ade kuasa ko buat bodo je.. buat senyap je.. jawapan pun byk berdalih.. sekarang ni baru ko nak ingat Tuhan.. nak bersumpah bagai.. mungkin jugak ko tak salah tapi tindakan ko dulu mase berkuasa tak menunjukkan ko macam orang tak bersalah.. kenapa ko tak report polis masa tu? Kenapa kawan2 ko kau pecat.. utk ape semua tu? Lain kali jgn nak jadi PM lepas tu nak jadi menteri kewangan sekali.. tu pun dah menghampirkan diri ko dalam fitnah.. Sbb tu dalam Islam kita jgn buat fitnah dan jgn pulak membiarkan diri kita hampir utk dijadikan fitnah.. takpe.. ni drama je..nanti lepas rayuan2 aku percaya nko akan dibebaskan.. politik kat malaysia memang macam tu..

    BalasPadam
  3. awanama apasal? takutke? just wait n receive the weight of the fall of the second sumpah laknat. InsyaALLAH

    BalasPadam
  4. awanama 6:25
    ni mungkin salah seorang cina DAP ni..ataupun melayu yang di hadamkan tekaknya oleh kafir DAP.
    Kata lah apa pun..keputusan hari ini ALLAH berfirman NAJIB bersalah..maka hak Najib sebagai Hamba ALLAH meminta rayuan pada Mahkamah serta ALLAH juga..samaada berjaya atau tak..Najib akan tetap ke mahkamah rayuan..
    Wahai AWANAMA Kalau ko berugama ISLAM..ko pasti tahu maksud"KUN FAYAKUN"..apa yang ALLAH berfirman YA tetap YA..TIDAK tetap TIDAK keputusannya. Jadi tunggu la keputusan Mahkamah Rayuan pula dan Lihat lah pada keputusan dan takdir ALLAH pada Najib . Saya dan siapa jua perlu REDHA dengan ketentuan dan Takdir ALLAH pada keputusan rayuan itu. ALLAH lebih mengetahui dari apa yang tidak kamu ketahui dan tak perlu menjadi AHLI nujum berkenaan ketentuan ALLAH.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.