Header Ads

ads header

Flash News

Ramai bimbang 'kluster mahkamah', polis ingatkan penyokong Najib tentang penjarakan sosial


KUALA LUMPUR
: Ramai tidak mematuhi amalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan kes rasuah SRC International.

Situasi itu menimbulkan keraguan dan kebimbangan bagi pemerhati perjalanan kes penghakiman tersebut, sama ada di siaran media rasmi, mahupun dalam kalangan netizen di media sosial.
Berdasarkan pemerhatian wartawan Astro AWANI di lokasi, anggaran lebih 1,000 penyokong hadir ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dengan sebahagian besar daripada mereka menaiki 11 buah bas yang parkir di hadapan.

Kesemua mereka hadir seawal pukul 6 pagi dengan memakai baju merah dan biru serta melaungkan ‘Hidup Bossku’ dan sebagainya.

Difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan pada 11.15 pagi kepada orang awam yang berada di sekitar Kompleks Mahkamah itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Polis turut mengarahkan orang ramai agar menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka menggunakan pembesar suara daripada kereta peronda polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, pihaknya sentiasa mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk memantau keadaan di sekeliling mahkamah bagi menghindari situasi tidak diingini.

"Peringatan disampaikan menerusi pembesar suara untuk individu terlibat mematuhi penjarakan sosial," katanya.

Pihak polis juga akan mengingatkan orang awam mengenai SOP COVID-19 dari semasa ke semasa.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa berhubung tujuh pertuduhan berkaitan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang secara haram melibatkan SRC International Sdn Bhd. 

# Astro

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan