Header Ads

ads header

Flash News

Najib hormat pandangan peribadi Khairy untuk bina semula Umno


KUALA LUMPUR:
Najib Razak menghormati gesaan Khairy Jamaluddin untuk membina semula Umno dan melakukan proses rejuvenasi yang disifatkan sebagai pandangan peribadinya, selepas bekas perdana menteri itu disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan rasuah.

“Semua orang berhak ada pandangan masing-masing. Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas pengumuman hukuman ke atasnya hari ini.

Terdahulu, Khairy dilaporkan berharap Umno tidak diheret dalam kes membabitkan Najib.

“Walaupun beliau masih ada ruang merayu, ini adalah suatu keputusan yang memberi kesan besar kepada Umno. Saya yakin ahli-ahli Umno akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu di dalam parti.

“Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat Umno ini dan untuk kita melihat suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era baru,” tulisnya di blognya hari ini.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan