Header Ads

ads header

Flash News

Pasir Mas Kekal Tenang Walau Diasak Bertalu


Malam ini baru sempat untuk menitipkan penulisan berkenaan salah satu wakil Pemuda PAS dalam Dewan Rakyat, iaitu Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ust Ahmad Fadhli Shaari.

Siang tadi giliran beliau berbahas. Seperti biasa ucapannya yang lantang dan jelas, sangat menarik untuk diteliti. Namun ada dua hal yang menarik minat aku untuk ditonjolkan.

1. Penyokong Kerajaan Kritik Kerajaan.

Ya, itulah yang dilakukan oleh Pasir Mas. Beberapa pandangan daripada kementerian diulas oleh YB Ust Fadhli dan menggesa kementerian mengkaji semula pendekatan dan pandangan yang dikemukakan.

Tindakan ini telah memeningkan pihak PH, sehingga Setiausaha Agung PKR, mempertikaikan Pasir Mas dari kerajaan Perikatan Nasional berbeza pandangan dengan Menteri dari PN.

Sedangkan inilah amalan demokrasi yang sebenar. Semua pihak boleh memberikan pandangan kepada pendekatan dan polisi kerajaan termasuklah Ahli Parlimen penyokong kerajaan.

Apatah lagi ianya dilakukan dalam Parlimen yang menjadi medan dan peluang kepada ahli Parlimen mengemukakan pandangan dan idea mereka.

Bukanlah kita membuta tuli menyokong pendekatan dan pandangan kerajaan dalam satu-satu perkara. Ini baru betul, barangkali PH tiada budaya ini. Sebab itulah ahli parlimen mereka terasa hairan.

Tahniah Pasir Mas anda membawa budaya baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional.

2. Kekal Tenang Diasak Penglipur Lara Parlimen

Ini yang syok, dalam bahagian kedua perbahasan Ust Fadhli. Tiba-tiba sepuak geng Penglipur Lara Parlimen mengasak Pasir Mas. Mereka ini sangat popular dalam membuat provokasi. Meh nak sebut nama.

Shah Alam, Jelutong, Sepang dan Kangar, sudahkan anda terbayangkan wajah mereka dalam Parlimen? Ini nama-nama yang kalu sebut pada rakyat Malaysia pastinya serabut tengok aksi provokasi dan pencelahan mereka.

Namun, ketenangan YB Pasir Mas berbahas, barangkali terpantul kepada keempat-empat mereka ini, sehinggakan mereka berucap pun nampak sopan dan tenang. Nak menangis tengok Shah Alam berucap tenang, macam tak percaya. Haha.

Lebih menarik lagi, lihat sahaja ada YB yang bangun untuk mencelah, Pasir Mas tidak lokek untuk memberikan laluan walaupun kita tahu yang bangun itu nak provok je. Tapi itulah kematangan wakil pemuda PAS itu, kekal tenang.

Seronok tengok. Anak muda berjaya tenangkan penglipur lara yang melaung-laung dalam parlimen. Formulanya, bagi peluang depa cakap, dengar dan jawab dengan baik. Macam budak tak cukup kasih sayang. Hihi

Khulasoh.

Tak sia-sia tangan aku mengundi YB Pasir Mas dalam PRU-14 yang lepas. Inilah wakil anak muda yang kita perlukan. Dalam kerajaan dia lantang, ketika pembangkang lagilah lantang.

Syed Saddiq sendiri pun ada memuji YB Pasir Mas ketika mencelah perbahasan tadi. Jika Syed Saddiq boleh puji, takkan lah aku sebagai pengundi dan pemuda PAS tak boleh puji pimpinan sendiri, kan?

Moga diberikan pertolongan oleh Tuhan kepada YB Pasir Mas untuk terus membawa Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Ahmad Fahmi Mokhtar
Pengundi Parlimen Pasir Mas.

....
Link video perbahasan
https://www.facebook.com/ahmadfadhli1980/videos/10156287559169567/

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan