Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda PAS gesa Mat Sabu tarik balik dakwaan ‘nabi pernah jadi pelarian'


Pemuda PAS Kelantan mendesak Presiden Amanah Mohamad Sabu supaya menarik balik dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung knyataan yang menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai pelarian.

Ketuanya, Mohd Ariff Abdullah berkata ucapan anggota Parlimen Kota Raja mengenai konsep penghijrahan nabi dan para sahabat itu salah dan terpesong.

"Kenyataan itu jelas bertentangan dengan konsep Islam dan apa yang diajarkan oleh nabi kita. Penggunaan maksud pelarian sama seperti penafsiran yang telah dibuat oleh para orientalis barat terhadap makna penghijrahan.

"Penghijrahan Nabi Muhammad dan para sahabat dari Mekah ke Madinah adalah kerana perintah Allah SWT. Penghijrahan bukanlah melarikan diri dan tidak boleh dianggap sebagai pelarian, maka ia adalah pandangan yang salah dan terpesong," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, susulan sentimen antiwarga asing, termasuk terhadap pelarian, Mohamad mengingatkan bahawa tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian.

Ini katanya, termasuk Nabi Muhammad SAW, yang harus melarikan diri dari Makkah ke Madinah setelah hidup baginda terancam.

Mohamad juga menyebut Jaafar Abi Talib, yang memimpin sekumpulan umat Islam yang dianiaya keluar dari Makkah ke Ethiopia, untuk berlindung di kerajaan Kristian Aksum.

"Ada perkataan-perkataan buruk dikatakan (terhadap pelarian), ancam nyawa mereka.(Ketika mereka) datang ke sini, ada yang kata biar kita tenggelamkan mereka (di laut).

"Bayangkan itu berlaku kepada keluarga nabi," katanya di Dewan Rakyat, semalam, ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu Mohd Ariff berkata, kedatangan Nabi Muhammad disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah.

Jelasnya, penghijrahan merupakan strategi dakwah Islam yang cukup berkesan dan berjaya.

"Melalui peristiwa ini bermulanya sebuah negara Islam yang pertama di dunia yang mengaplikasikan Islam yang syumul dalam kehidupan manusia baik dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

"Hasil daripada peristiwa hijrah sejak 1441 yang lalu, Islam mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia dan pernah menguasai tiga per empat dunia. Susulan peristiwa hijrah itu juga menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan, ia sebagai penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil," katanya.

Justeru tegasnya, Pemuda PAS Kelantan memohon kepada Mohamad supaya menarik balik kata-kata beliau itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

"Kehidupan bernegara, bermasyarakat dan bersosial dengan asas Islam mula diterapkan hasil daripada peristiwa hijrah. Ia adalah permulaan dan contoh kepada sistem bernegara yang sesuai diaplikasikan sepanjang zaman. Maka, konsep hijrah tidak patut dipesongkan apatah lagi ia melibatkan nabi kita iaitu Nabi Muhammad.

"Ia adalah kenyataan yang serius dan mengguris hati umat Islam khususnya di negara kita serta membina imej negatif kepada Islam," kata Mohd Ariff.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Hanya istilah yg membezakan.. Lepas ni kalau ade pelarian Islam Rohingya yg melarikan diri dari negara mereka kita ubahlah istilah kepada "Penghijrahan Rohingya". selesai masalah. mereka melarikan diri kerana mengikut apa yg dianjurkan Nabi.. mengikut cara Nabi samalah dgn mengikut perintah Allah. bukan suka2 nak berhijrah. sebelum ni diorang elok je tinggal kat sane sbb takde masalah. Dan kenelah paham juga etnik Rohingya tu bukan semata2 kerana melarikan diri.. tapi utk menyelamatkan iman.. menyelamatkan keluarga.. itu juga dianjurkan Nabi.. apakah benar Hijrah Nabi semata2 atas tujuan dakwah? Orang Mekah masa tu ramai lagi yg belum islam.. lebih baik stay kat Mekah utk berdakwah daripada berhijrah ke Madinah kalau tujuannya utk semata2 nak berdakwah.. takde ape pun yg mengguris hati kalu kita benar2 terbuka utk memahami.. samalah juga dgn Melayu dulu2.. ramai yg "berhijrah" dari kpg ke Kuala Lumpur utk mencari kerja.. kenapa pula nak guna istilah "berhijrah" ni sedangkan perkataan "hijrah" ni cuma valid apabila berpindah bila ada keperluan dakwah seperti yg difahami golongan PAS ni?

    BalasPadam