Header Ads

ads header

Flash News

190 kes keganasan rumah tangga dicatat ketika PKP


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 190 aduan keganasan rumah tangga sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) antara 18 Mac hingga 12 Mei lalu.

Daripada 190 aduan, 181 kes melibatkan mangsa wanita sementara sembilan melibatkan mangsa lelaki.

Sebanyak 84 peratus kes (160) melibatkan mangsa yang berumur antara 18 hingga 45 tahun. Dua puluh enam kes melibatkan mangsa yang berumur antara 46 dan 74 tahun.

Tiga kes melibatkan warga emas berusia 75 tahun ke atas; manakala satu kes melibatkan seorang kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

Dalam jawapan bertulis parlimennya; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun juga turut memberikan jumlah aduan keganasan rumah tangga yang diterima JKM setiap negeri.

Jumlah kes tertinggi dicatatkan di Selangor (70) diikuti oleh Johor (21), Kuala Lumpur (20), Pulau Pinang (15), Pahang (13), Perak (12), Kedah (11), Negeri Sembilan (8) , Sabah (8), Kelantan (5), Terengganu (3), Melaka (3) dan Sarawak (1).

Bagaimanapun tiada kes direkodkan di negeri Perlis dan Labuan.

Dalam pertanyaannya kepada Rina, Zakaria Mohd Edris (BN-Libaran) juga ingin mengetahui apa yang telah dilakukan kementerian untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga.

Menteri kemudiannya menjawab bahawa polis telah mengambil tindakan ke atas suspek pelaku sementara pegawai JKM juga bertindak di bawah Seksyen 11 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Berdasarkan akta itu, mahkamah boleh mengarahkan pasangan berkenaan untuk mendapatkan kaunseling.

Jelasnya, mahkamah JKM juga ditugaskan untuk membuat cadangan kepada mahkamah mengenai cadangan langkah penyelesaian atau kaunseling.

Menurut Rina, beberapa bentuk bantuan lain juga turut disalurkan untuk mangsa keganasan rumah tangga dan keluarga.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan