Header Ads

ads header

Flash News

'Saya tak ada pilihan, BN Terengganu tanding semua kerusi parlimen' kata Mat Said


Ketika PAS menunjukkan keazamannya untuk bertanding di enam kerusi parlimen di Terengganu, Umno negeri itu pula menegaskan mereka bersedia untuk meletakkan calon di kesemua lapan kerusi parlimen dan 32 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said ketika diminta mengulas hasrat yang dinyatakan pemimpin kanan PAS menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.

"Kalau dia (PAS) kata bertanding di enam parlimen, saya tak ada pilihan, di Terengganu BN akan bertanding di semua lapan (kerusi) parlimen," katanya seperti dilaporkan Sinar Online hari ini.

Terdahulu media melaporkan Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan hasrat untuk mmepertahankan enam kerusi yang dimenangi PAS pada PRU lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad menyifatkan kenyataan Samsuri sebagai pandangan peribadi.Justeru kata Ahmad beliau sendiri mempunyai hasrat untuk melihat BN bertanding di semua kerusi di negeri berkenaan.

Ketika Samsuri - yang diberi tugas mengetuai perbincangan mengenai pengagihan kerusi dengan Umno - memberitahu perkembangan hal itu adalah positif, Ahmad sebaliknya berkata sepanjang pengetahuannya belum ada perbincangan dibuat.

"Setahu saya, masih lagi belum ada berbincang mengenai pengagihan kerusi, kerana selama ini hanya tentang terms of reference. Bagi saya, kenyataan Dr Samsuri sebagai naib presiden dan kenyataan peribadinya adalah premature (pramatang).

Takut apa, dah biasa berlawan

"Maknanya ini dah menjadi hasrat dia, sasaran dia, walaupun belum ada rundingan (walaupun) kemudian kata wish list akan dikemukakan.

"Jadi, saya kata itu pendapat peribadi beliau dan sekiranya pendapat peribadi ini diambil kira, saya boleh kata ini pendapat peribadi saya," katanya.

Menurut Ahmad, seorang wakil rakyat PAS juga ada menyatakan bahawa PAS akan turut mempertahankan 22 kerusi DUN yang dimenangi mereka sebelum ini.

Justeru katanya, jika itu adalah pendapat peribadi wakil rakyat PAS itu, beliau juga dengan pendiriannya untuk bertanding di semua 32 kerusi DUN di Terengganu.

"Takut apa? Sebab di Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah negeri (majoriti) Melayu. PAS atau Umno menang, tetap negeri Melayu. Yang penting, biar Perikatan Nasional (PN) memerintah dahulu.

Gambar fail

"Sebab itu kita kata bubar parlimen dulu, tanding di peringkat Putrajaya. Kemudian di DUN, kita lawan sesama sendiri. Siapa yang lebih, dia yang akan menjadi kerajaan.

"Takut apa? Kita sudah biasa lawan. Kalah atau menang perkara biasa," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai pengagihan kerusi, Ahmad yang turut pernah menjadi menteri besar Terengganu itu berkata, sebarang rundingan belum dibincangkan.

"Mesyuarat di peringkat negeri dan bahagian juga masih belum dilakukan," kata Ahmad.

Sebagai rekod, Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS manakala dua kerusi - Hulu Terengganu dan Besut - dimenangi BN.

Namun, ahli parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kemudian melompat parti menyertai Bersatu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pusat.

Rosol kini diberi jawatan timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bagi kerusi DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi dan baki 10 kerusi lagi dimenangi BN.


MR :  Setuju juga, Kedah Kelantan dan Terengganu PAS-UMNO berlawan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Dalam sebarang pakatan atau perikatan Melayu Islam, akan muncul dajjal yang akan memusnahkan pakatan atau perikatan parti Melayu.

    Bukankah Iblis telah berjanji untuk menyesatkan dan memusnahkan manusia dengan pelbagai hasutan jahat ??

    Kepala bapak kafir harbi dan khadam munafik liberal sudah tentu ketawa tergolek-golek melihat segelintir pengkhianat Melayu melaga-lagakan parti Melayu Islam.

    BalasPadam
  2. Sebab dah biasa berlawan dah x reti nak belajar jadi pengikut.
    Bodoh & sombong. Sorg lagi yang rasa diri dah gagah.

    BalasPadam
  3. Memang patutle PAS bertanding di 6 kerusi parlimen yang dia menang. UMNO menang 2, salah satunya dah lompat ke Bersatu. Mat Said ni nak tengok khadam DAP bertapak di Terengganu. Buatle, kami Melayu/Islam akan ingat apa yang kamu dah buat.

    BalasPadam
  4. UMNO Trengganu akan kalah kesemua kerusi Parlimen di Trengganu kalau ianya terjadi. Pengundi pengundi Trengganu Kita akan memastikan UMNO Trengganu berkubur seperti PAN.

    BalasPadam
  5. Sebaik Umno dan Pas berlawan secara adik beradik bagi negeri Terengganu kedah perlis pahang dan kelantan untuk menentu kan siapa yang liebh itu pembentukan kerajaan nya

    BalasPadam
  6. x abis2 rebut jawatan pentingkan diri sendiri ni lah melayu...

    BalasPadam