Header Ads

ads header

Flash News

Politik bijak dan matang, Umno, PAS sokong Muhyiddin sebagai PM jika PRU mengejut


Tindakan UMNO-PAS sokong Muhyiddin dalam keadaan sekarang sebagai PM jika ada PRU-15 suatu tindakan politik yang sangat bijak dan matang kata penganalisis politik.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata Umno dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional akan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika pilihan raya diadakan secara mengejut.

Bagaimanapun, kata Annuar, beliau tidak dapat menyatakan pendirian Muafakat Nasional pada masa "jauh ke depan".

"Politik ini benda yang dinamik. Pendirian kita sekarang, kita menyokong perdana menteri.

"Jika pilihan raya diadakan secara mengejut, kita bersama perdana menteri. Tapi selepas, itu, jika jauh ke depan, saya tak boleh jawab perkara yang terlalu jauh ke depan," katanya ketika ditemui dalam satu program di ibu kota hari ini.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan partinya agar tidak terheret dalam perbahasan mengenai calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) untuk PRU15 nanti.

Zahid berkata demikian selepas beberapa pemimpin dan veteran Umno menyuarakan rasa tidak senang dengan pendirian yang disuarakan Annuar bahawa Umno dan PAS bersetuju untuk menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ketika menghadapi PRU15.

Annuar hari ini mempertahankan kenyataannya bahawa ia adalah berdasarkan perbincangan Muafakat Nasional.

"Saya sebagai setiausaha agung, saya cuma sebut apa yang sudah dibincangkan. Saya boleh mengesahkan soal jawatan perdana menteri, setakat ini benda itu telah dibincangkan.

"Dan kita (Muafakat Nasional) merasakan kita menyokong (Muhyiddin sebagai perdana menteri ketika ini).

"Seperti mana kita sebagai sebahagian kerajaan PN, ketika ini, kita menyokong perdana menteri," katanya.

Annuar yang juga ahli majlis tertinggi Umno dan Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional berkata beliau setuju dengan pandangan Zahid agar PN tidak terheret dalam isu calon perdana menteri.

"Malah presiden menyebut berkali-kali, jangan kita melunjur sebelum duduk.

"Ini bukan masa bincang soal calon, ini masa untuk berkerja untuk rakyat," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan