Header Ads

ads header

Flash News

Portal Malaysiakini makin menjunam


SAYA
telah mengikuti portal berita Malaysiakini sejak zaman portal itu wujud di era Reformasi yang dipelopori oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ketika itu, Malaysiakini menjadi sumber berita alternatif yang memberitakan isu-isu semasa tanpa berpihak.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan ketika itu, Malaysiakini adalah pelopor portal berita alternatif di Malaysia. Corak pemberitaan Malaysiakini ketika itu, lebih kepada melaporkan berita sesuatu peristiwa atau kenyataan akhbar tokoh tertentu, dan menghindarkan propaganda mewakili pihak tertentu.

Ketika itu, populariti Malaysiakini mengatasi mana-mana portal berita yang lain seperti yang disenaraikan oleh Alexa dan seumpamanya. Pada pemerhatian saya, Malaysiakini mula mendapat kepercayaan rakyat Malaysia menjelang PRU ke-12 tahun 2008.

Bagaimanapun, saya mula skeptik dengan Malaysiakini selepas keluar laporan yang menyatakan portal berita itu merupakan salah satu pihak yang menerima dana National Endowment for Democracy (NDI). Selepas PAS tidak lagi bersama DAP dan PKR saya terus tidak lagi membuka Malaysiakini, apabila PAS dijadikan sasaran propaganda pihak-pihak tertentu melalui portal berita itu.

Selepas PAS berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN), bukan sahaja PAS yang dijadikan sasaran, tetapi pimpinan PAS yang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri juga dijadikan fokus sasaran. Sejak bulan Mac lalu sudah beberapa kali, kami meminta mereka membetulkan tajuk dan ada juga kandungan pemberitaan yang bertujuan mewujudkan persepsi negatif.

Yang terbaru, Malaysiakini memilih tajuk yang provokatif daripada ucapan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, seolah-olah menggambarkan PAS ‘hipokrit’ sewaktu menjadi pembangkang dalam isu RUU355. Wartawan Malaysiakini berkerja keras untuk membina naratif yang mereka kehendaki daripada ucapan Dato’ Tuan Ibrahim tersebut.

Corak pemberitaan yang seperti ini saya yakin tidak boleh memperbodohkan masyarakat awam. Bukan semua pembaca Malaysiakini sebelum ini tegar DAP, PKR atau PAN, justeru mereka sudah mula beralih daripada Malaysiakini. Populariti Malaysiakini mula merosot berbanding Malaysiagazette dan The Star Online. Selamat menjunam Malaysiakini.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI

MR :  Kalau nak menjunamkan lagi Mkini, buat blogspot satu masukkan berita Mkini dan baca di situ


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Malaysiakini dah jd Malaysiakuno.. Menjadi agen propaganda golongan tua bangka,-Atuk madey kutty, Nuar Berahim ngan Tokong Lim..

    BalasPadam
  2. Puak munafik dan puak kafir harbi sahaja suka membaca artikel rasis dan menulis komen rasis menghina Islam dan menfitnah umat Islam dalam mkini.

    Orang bermoral tinggi pasti memulaukan @ boycott mkini kerana mkini menyebarkan hasutan perkauman yang jahat dan berunsur fitnah.

    BalasPadam
  3. "Miriam" Mokhtar dan Dean Johns dah tak laku.

    BalasPadam