Header Ads

Header ADS

Puak PH fitnah kononnya MySejahtera dibangunkan syarikat asing


Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera - yang merupakan aplikasi rasmi kerajaan untuk menjejak penyebaran Covid-19 - adalah syarikat antarabangsa yang sebenarnya berasal dari Malaysia.

Penjelasan itu dibuat selepas Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) mengadu mereka diketepikan oleh kerajaan berbanding syarikat asing yang diberi keutamaan.

“Syarikat KPISoft merupakan syarikat tempatan berstatus MSC (Koridor Raya Multimedia) yang mula ditubuhkan pada 2010. Pengasas kepada syarikat ini termasuk dua orang rakyat Malaysia iaitu Anuar Rozhan dan Raveenderan Ramamoothie.

“Mereka merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat tersebut sehingga hari ini,” kata MKN dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MKN, dengan bimbingan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), syarikat itu melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa pada 2014 dengan membuka ibu pejabat di rantau Asia-Pasifik, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Singapura dan India, dengan mempunyai pejabat operasi di 15 buah negara.

“Syarikat ini merupakan antara syarikat tempatan yang berjaya menempa dan memperkembangkan nama di peringkat global. Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat ini turut digunakan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai sebagai Fortune 500.

“Meskipun syarikat ini telah berkembang di peringkat global, pengurusan utama KPISoft masih berpangkalan di Malaysia.

“Anuar merupakan ketua pegawai eksekutif bagi KPISoft Malaysia dan Asia Pasifik. Selain itu, ketua pegawai kewangan global dan ketua arkitek pembangunan aplikasi global adalah rakyat Malaysia dan melaksanakan operasi global di Malaysia,” katanya lagi.

MKN menambah, pada peringkat awal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa), MKN dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) untuk menilai aplikasi yang dibangunkan oleh KPISoft Sdn Bhd secara tanggunjawab sosial korporat.

“Penilaian yang dilaksanakan oleh Nacsa, MKN dan Mampu mendapati bahawa aplikasi ini paling tersedia untuk dilaksanakan di peringkat nasional berbanding dengan mana-mana aplikasi yang ditawarkan kepada kerajaan pada masa tersebut dengan mengambil kira keperluan mendesak daripada KKM.

“Pembangunan aplikasi ini merupakan kerjasama strategik antara MKN, KKM, Mampu, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Mosti (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)," katanya.

Semalam, NEF membuat hantaran di Facebook mengkritik Putrajaya kerana menganugerahkan projek berskala besar berkenaan kepada syarikat asing.

“Polisi kerajaan yang sedia ada juga tidak memihak kepada produk dan solusi syarikat tempatan.

“Contoh pertama, MySejahtera yang dibangunkan dengan usahasama syarikat luar negara, KPISoft Inc dari AS dan juga mempunyai ibu pejabat Asia di Singapura, untuk pengesanan kontak Covid-19,” kata presiden NEF Khairil Iszuddin Ismail.

Ia turut mengkritik laman web DELIMa (Digital Education Learning Initiative Malaysia) yang dilancarkan Kementerian Pendidikan baru-baru ini, yang katanya, langsung tidak mengetengahkan kandungan solusi dan kandungan digital tempatan.

Turut dikritik, projek MyFutureJobs oleh Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dakwa mereka menggunakan kepakaran teknologi dari Belanda.

“Adalah tidak wajar syarikat luar negara dengan modal yang besar, mendapat pula manfaat daripada wang kerajaan dan wang cukai rakyat untuk kemajuan mereka, sedangkan syarikat tempatan yang bertarung nyawa untuk hidup terpaksa bersaing dengan mereka ini, dengan modal yang terhad,” kata Khairil.

MR :  Kalau keluar apa-apa drp mulut pimpinan PH kena semak 10 kali


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau betullah KPISoft itu dah Malaysia, aku rasa sebagai presiden Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) membuat kenyataan tak betul dalam bidang dia sendiri nih AGAK MEMALUKAN !!! Memalukan bumiputera juga.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya sebelum buat sebarang kenyataan NEF periksa dulu.

    Jangan ambil sumber maklumat dari tempat yg tak sepatutnya.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.