Rakyat lebih suka bebas daripada PH, itu hakikat drp keputusan Chini
BN menang besar dalam pilihan raya kecil Chini mengalahkan dua calon bebas.
Mohd Sharim Md Zain daripada BN meraih 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 pemilih berdaftar yang keluar mengundi di kerusi DUN itu hari ini.
Parti pembangkang tidak mengambil bahagian dalam PRK yang diadakan ketika wabak Covid-19 yang menyaksikan SOP batasan berkempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peratusan keluar mengundi sebanyak 73.87 peratus. Terdapat 239 undi rosak.
Calon bebas PRK Chini Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli masing-masing mendapat 1,222 dan 137 undi.
Tengku
Zainul ialah timbalan ketua Bersatu Bahagian Pekan tetapi secara
automatik dipecat kerana melanggar perintah partinya untuk tidak
bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
Menariknya Tengku Zainal menang lebih banyak undi daripada yang pernah diraih PKR pada PRU14. Ini menunjukkan rakyat lebih suka CALON BEBAS daripada calon PH.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Jangan ego bongkak dan takbur riak
BalasPadamHari menang
Esok ?
Allah ada
Mabdat rakyat ada
Jangan fikir rakyat boleh dibeli dengan duit dan janji
Kalau setakat repair paip
Repair loji air
Musnahkan lanskap yang ditanam
Bangunan tak di selenggara
Kerja takde
Umno pas yang jual agama
BalasPadamJual undi dengan jutaan disuap kepada orang chini
Janji capati
15 tahun air paip tak selesai
Bangunan tak diselenggara
Kedai tiada air
Tapak awam tak diselenggara
Longkang sumbat
Hutang peneroka bertambah
Daham.kpf dah takde..rugi
Kerja takde
Barang mahal
Jalan raya hancur