Header Ads

ads header

Flash News

SKMM denda Astro kerana tayang dokumentari Al Jazeera 'Murder in Malaysia'


Penyedia televisyen satelit, Astro didenda oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan sebuah dokumentari pada tahun 2015, yang dihasilkan oleh penyiar antarabangsa, Al Jazeera mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berlaku selepas Al Jazeera disiasat polis berhubung dokumentari yang disiar pada 3 Julai, "Locked Up in Malaysia's Lockdown".

Seperti filem mengenai kematian Altantuya, "Murder In Malaysia", dokumentari tersebut baru-baru ini ditayangkan sebagai sebahagian daripada program '101 East'.

Kompaun dari SKMM yang dilihat oleh Malaysiakini dikeluarkan kepada Measat Broadcast Network Systems Bhd, yang mengendalikan Astro.

Notis tersebut dihantar kepada Measat pada 7 Julai, hampir lima tahun selepas filem ini ditayangkan pada 11 September 2015.

Mengesahkan perkara itu, SKMM berkata pihaknya telah mengeluarkan kompaun kepada penyedia televisyen satelit itu kerana menyiarkan kandungan yang jelik dan melanggar Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suruhanjaya itu berkata siasatan telah dimulakan berikutan aduan orang ramai.

Dalam suratnya kepada Measat, SKMM berkata syarikat itu didapati bersalah kerana menyiarkan episod tersebut, yang "jelik", dengan niat untuk menyinggung perasaan pihak yang berkaitan.

Oleh itu, syarikat itu didenda RM1,000 untuk setiap kali episod itu disiarkan, yang berjumlah RM4,000.

Syarikat tersebut mempunyai masa selama 30 hari untuk membuat rayuan terhadap kompaun tersebut.

Astro tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.


MR :  Lihat siapa belakang Astro


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan