Header Ads

ads header

Flash News

Syabas Datuk Seri Wee Ka Siong!


Tidak sampai 5 bulan menerajui Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong sudahpun membentangkan cadangan pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di dalam Parlimen. Antara cadangan pindaan adalah hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan denda sehingga RM150,000, termasuk penggantungan lesen sehingga 20 tahun.

Syabas dan tahniah Datuk Seri Wee! Usaha ini membuktikan kesanggupan kerajaan PN dalam membendung masalah sosial ini dan kesediaan Datuk Seri Wee dalam menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan.

Oleh itu, ia amat mengejutkan apabila ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke yang juga mantan Menteri Pengangkutan, telah berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PN kerana mengikut cadangan kerajaan PH untuk memberi hukuman yang lebih berat kepada pemadu mabuk!

Hakikatnya, kerajaan PH banyak bercakap saja. Banyak dicadangkan, tetapi apa yang dibuat sepanjang 22 bulan sebagai kerajaan?

Bandingkan ini dengan Datuk Seri Wee Ka Siong. Sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, beliau telah bermula bekerja. Di bawah kepimpinannya, Kementerian Pengangkutan telah menjalankan soal selidik secara dalam talian dari 21 Mei hingga 4 Jun mengenai "Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk".

Sepanjang masa itu, semua maklum balas dan pandangan telah dikaji dan diteliti oleh Datuk Seri Wee Ka Siong walaupun ia bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Beliau turut berjumpa dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan (JPJ, PDRM, APAD, MIROS) dan juga persatuan-persatuan agama (MCCBCHST) untuk mendapatkan pandangan mereka.

Akhir sekali, draf cadangan pindaan dibentangkan di Jemaah Menteri sebelum dibahaskan di persidangan Dewan Rakyat pada 15 Julai. Semua ini berjaya dibuat oleh Datuk Seri Wee dalam tempoh 5 bulan. Sepanjang masa ini, PH pula asyik melempar kritikan, malah memperlekehkan saranan Datuk Seri Wee untuk menggunakan teksi atau e-hailing jika terlalu mabuk untuk memandu.

Padahal, sepanjang 22 bulan di bawah PH, Anthony Loke hanya mampu sekadar “memberi cadangan” sahaja. Adakah ini kerana Anthony Loke dan kerajaan PH tidak ada kesungguhan untuk menangani masalah sosial ini?

Tambahan lagi, Anthony Loke juga membangkitkan isu penguatkuasaan undang-undang untuk menangani masalah pemandu mabuk. Ini tidak salah. Tetapi mengapa pula dia mengaitkan penguatkuasaan undang-undang kepada pemakaian “body camera” oleh anggota polis? Jelas sekali Anthony Loke telah tersasar dari isu pokok.

Apa sekalipun, tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong sekali lagi kerana berjaya menjawab soalan-soalan ahli Parlimen dengan jelas dan berlandaskan fakta.

FB
Lau Chin Kok 刘振国



 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan