Header Ads

Header ADS

UMMAH Buat Laporan Polis, TH Gagal Kemukakan Laporan Kewangan 2018-2019 Ke Parlimen


1.Gerakan Pembela Ummah UMMAH akan membuat satu laporan polis berkaitan satu pendedahan di Parlimen oleh YB Ahmad Mazlan, bahawa pengurusan TH gagal mengemukakan dan membentang laporan kewangan tahunan bagi 2018 dan 2019 kepada Parlimen.

2. Adakah TH bersih seperti yang didakwa PH ?

Gagal membentangkan laporan kewangan yang diaudit kepada Parlimen memperlihatkan TH tidak bersih dan ada agenda tersembunyi dalam transaksi kewangannya. Pengumuman hibah bagi tahun 2018 dan 2019 tampa laporan kewangan tahunan diaudit adalah kesalahan besar dibawah Akta Tabung Haji.

3. Sehubungan itu UMMAH meminta satu siasatan dibuat kepada Pengurusan Tertinggi TH, Pengerusi dan Lembaga Pengarah TH kerana mana mungkin perkara asas dan kewangan sepenting ini, juga melibatkan patuh syariah diabaikan sebegitu rupa.

4. UMMAH akan membuat laporan polis di seluruh negara pada hari Isnin, 20 Julai 2020 nanti bagi memastikan satu siasatan dibuat berkaitan kegagalan membentangkan laporan kewangan ini kepada Parlimen dan rakyat sebagai pendeposit TH.

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah

15 Julai 2020 / 23 Zulkaedah 1441H





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Terima kasih diatas artikel ini.

    BalasPadam
  2. Pengurusan th dah lama tunggang langgang. Bekas2 pengerusi buat th macam bapak dia punya syarikat sejak zaman bn-umno lagi. Sekarang pas kena main peranan dalam pengurusan th supaya salah guna boleh dikurang atau dihapuskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeala BN-UMNO kan..tapi dividen tinggi..naper PH dividen rendah...boleh jawap Ker???

      Padam
  3. Semasa TH di bawah pentadbiran BN, TH mendapat keuntungan tinggi dan pendeposit TH mendapat dividen dll Yang lumayan. Umat Islam menaruh kepercaan Yang tinggi kepada TH.

    Sebaliknya pula, apabila TH berada di bawah pentadbiran PH, PH mendakwa kononnya TH dilanda masalah hutang dan kerugian dll. Bukankah alasan ini digunakan sepenuhnya oleh PH untuk menjual aset TH kepada syarikat kafir dll pada harga di bawah harga pasaran semasa ???

    Dan apa yang telah terjadi kepada wang dalam TH di waktu PH berkuasa ??? Ke mana wang TH itu telah disalurkan oleh PH? Siapakah penerimanya ? Adakah penerimanya layak menerima jumlah wang TH yang sangat besar tersebut?

    Bukankah sebelum PRU 14 dahulu, PH berjanji akan menubuhkan Suruhan Siasatan Diraja @ RCI untuk menyiasat TH ? Mengapa PH enggan menubuhkan RCI untuk menyiasat TH apabila PH berkuasa ? Apakah yang mahu disembunyikan oleh PH ?

    Maka transaksi yang dilakukan oleh PH ini ini telah menimbulkan keraguan dan kecurigaan dan menjadi isu panas di kalangan umat Islam.

    Oleh sebab itu, maka wajarlah Kerajaan Malaysia hari ini menubuhkan RCI untuk menyiasat TH dan menteri-menteri PH dll yang berkaitan dengan PH.

    Ingatlah wang dan aset TH adalah kepunyaan umat Islam bukan kepunyaan puak kafir atau khadam liberal mereka !!!!

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.