Header Ads

Header ADS

Tak ada perbincangan keluar PN dalam pertemuan tertutup UMNO kata Shahidan


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC), Shahidan Kassim menafikan dakwaan bahawa Umno telah berbincang untuk keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam satu pertemuan bersama perdana menteri hari ini.

Sebaliknya beliau berkata pertemuan tertutup itu hanya membincangkan isu untuk memperkukuhkan PN dan perihal Dewan Rakyat.

Beliau juga menyifatkan dakwaan itu berniat jahat dan pembohongan pihak tidak bertanggungjawab.

"Tiada perbincangan berkenaan perkara itu dibangkitkan. Jika betul ada dakwaan sedemikian, ia sepatutnya dibincangkan dalam platform antara Presiden parti sahaja dan bukan bersama Ahli Parlimen.

"Saya tidak tahu dari mana wujudnya dakwaan ini. Umno yang sama-sama menubuhkan kerajaan, takkan kita hendak keluar daripada PN. Tiada sebab untuk Umno keluar daripada PN.

"Kami membincangkan bagaimana untuk memperkukuh parlimen, selain menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri," katanya kepada BH Online, hari ini.

Laporan itu menyebut pertemuan tertutup itu diketuai Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berlangsung selama sejam di bangunan parlimen, jam 1 tengah hari tadi.

Shahidan, yang juga anggota parlimen Arau turut menjelaskan tiada perbincangan mengenai kedudukan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dibangkitkan dalam pertemuan berkenaan.

"Ini adalah pertemuan biasa yang saya aturkan antara ahli parlimen BN bersama Muhyiddin, dari semasa ke semasa.

"Kita juga tidak membincangkan sesuatu perkara secara spesifik. Pertemuan bersama Muhyiddin dilakukan secara berkala dari semasa ke semasa," katanya.


MR :  Yang besarkan berita geng PH, nak gegarkan PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jangan jadi bahasa terbalik sudah..
    Kata tidak ada bemaksud ada.kalau ada itu maksud tidak ada..sudah2 la..rakyat dah muak dgn Ph..jgn PN pulak haru biru..langkah terbaik semua dalam PN ikut kata2 tuan guru hj hadi ..lg terbaik..jgn umno duk buat perangai lama..kami dah muak..

    BalasPadam
  2. Jgn lakukan kesilapan kali kedua..jgn bg peluang kpada Dap lg..
    Iktiraf lah kewibawaan tuan guru haji hadi ..dgr nasihat beliau..
    Umno dan lain2 jgn ikut nafsu tamak kuasa hingga melayu berpecah kembali -nanti khuatir rahmat Allah tak beserta dgn pepecahan dlm muafakat nasional dan PN.
    Hati2 dgn musuh politik,jgn pisang berbuah 3 x

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.