Header Ads

Header ADS

Bukit Aman siasat ciapan kaitkan hakim 'saudara' Mahathir


Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan bagi meneliti satu hantaran di media sosial yang mendakwa hakim yang mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) Najib Razak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid, hari ini mengesahkan hal berkenaan.

Katanya Bukit Aman kini mengambil alih kes tersebut daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

"Ya, siasatan sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Mulitimedia 1998," katanya tanpa memperincikan seksyennya.

Terdahulu seorang ahli Bersatu, Mohd Afzanizam Abdul Rahman, membuat laporan polis di Taiping berkenaan ciapan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao, di Twitter.

Ramesh mendakwa hakim yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram semalam, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, adalah cucu atau cucu saudara Mahathir.

Dua anak ahli parlimen Langkawi itu - Marina dan Mukhriz - menafikan tuduhan tersebut.

Berdasarkan laporan polis, Afzanizam meminta polis menyiasat ciapan Ramesh kerana menghasut kebencian terhadap Mahathir.

Dia juga berpendapat ciapan berkenaan menjejaskan integriti Mohd Nazlan selain merendahkan institusi kehakiman.

"Saya dah selesai diambil keterangan kira-kira jam 3 petang tadi," katanya

MR :  Setiap perkara perlu diambil perhatian sebelum disebar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kalau betul, maknanya hakim dgn atuk pula yg perlu di siasat kerana konflik kepentingan. Tp x sangka ni hakim yg sama kes LTTE..

    BalasPadam
  2. Mamak klu blh nk buat aniaya org ok sy setuju klu polis bukit aman siasat hakim mohd naslan itu dan juga mamak dan anak2nya sekali sy sokong semua org yg ambil tindakan pd mamak dan anak2nya sekali

    BalasPadam
  3. Darah setitik taada melayu machammana nak tolong melayu tindas tu ada-la

    BalasPadam
  4. Saya orangb hanyut. Tau baco komen yo.. Kalau ado bantuan bagila... Satu bulan rm 2,000.00 dah mencungap.. Kalau ado sakit jantung.. Gali kubo yo la...

    BalasPadam
  5. tak tau buat ulasan.. orang hanyut.. nak belanjo pun pakai duit jimat jimat yo...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.