Header Ads

ads header

Flash News

Tidak tolak kewajaran tubuh RCI Tabung Haji


KUALA LUMPUR:
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary tidak menolak kewajaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan penjualan aset yang berlaku dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terdahulu.

Namun katanya, perkara itu akan dibincangkan bersama Perdana Menteri terlebih dahulu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, katanya dalam usaha mengembalikan keyakinan pendeposit dan pelabur terhadap TH, satu Jawatankuasa Pelaburan TH akan diwujudkan bagaimanapun ia masih diperingkat cadangan.

Menurutnya, jawatankuasa itu akan memantau segala bentuk pelaburan termasuk pengurusan dana bagi anak-anak syarikat di bawah TH.

Selain itu, ia akan berperanan memastikan sebarang transaksi dan polisi pelaburan diurus secara lebih berhemah dan telus.

“Dalam mesyuarat pasca kabinet agensi dua minggu lepas, saya telah pun mengarahkan supaya menubuhkan perkara itu (Jawatankuasa Pelaburan TH) dan sudah diambil maklum oleh pihak pengurusan TH, tetapi belum lagi dilaksanakan.

“Ia masih dalam proses. Mungkin ada sedikit rombakan kecil melibatkan usaha ke arah penubuhan komoniti ini akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

“Namun, sehingga hari ini belum lagi ada cuma diperingkat cadangan dan akan diteliti lebih mendalam,” katanya seperti dipetik berita RTM semalam.- HARAKAHDAILY 7/7/2020


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan