Header Ads

Header ADS

UMNO patut belajar dari sejarah, jangan menang sorak kampung tergadai

BANGI, 10 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Keputusan UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta jelas menunjukkan sifat pragmatis dan opportunis parti itu.

Pemerhati politik, Ir Lukman Al Hakim mendakwa, tindakan itu jelas selama ini kepimpinan tertinggi UMNO mengharapkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan campur tangan dalam sistem kehakiman negara dan menyelamatkan bekas presiden mereka.

“Apabila harapan berkecai, mereka mula mengeluarkan senjata rahsia berbentuk ugutan tidak langsung kepada Perdana Menteri. Walaupun masih menyokong kepimpinan Muhyiddin namun pendirian terkini UMNO jelas membayangkan bahawa mereka tidak begitu gembira dengan senario politik sedia ada.

Masakan tidak, walaupun BERSATU memiliki jumlah Ahli Parlimen yang jauh lebih sedikit, namun jawatan menteri dan timbalan menteri yang dibolot lebih tinggi dari Ahli Parlimen UMNO. Begitu juga dengan posisi menteri besar contohnya di Perak,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Selain itu dakwanya, beberapa pimpinan tertinggi UMNO yang masih dibayangi kes rasuah dan sedang dibicarakan seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menambahkan lagi keperluan untuk mereka mendesak campur tangan politik dalam sistem kehakiman

“Jika tidak, lebih ramai pimpinan UMNO yang bakal meringkuk dalam penjara dan lebih banyak pekung yang bakal terdedah.

“Persoalannya, mana perginya perjuangan UMNO yang kononnya mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam sebagai identiti asas negara? Kenapa senario terkini hanya menonjolkan sisi buruk pimpinan mereka yang berjuang untuk kepentingan diri, kroni dan pemimpin korup yang diagung-agungkan?

“Bukankah lebih baik UMNO belajar dari kesilapan serta kesombongan mereka yang lalu yang menjadi punca kejatuhan BN pada 2018? Apa salahnya jika UMNO menguatkan PN sebagai platform persepakatan pimpinan Melayu Islam demi kepentingan rakyat majoriti Malaysia?,” soalnya.

Beliau menegaskan, sekiranya UMNO benar-benar ikhlas berjuang untuk agama dan bangsa, mereka akan tetap bekerjasama dengan parti lain yang mempunyai misi yang sama menentang parti rasis dan cauvinis, tonggak perosak Perlembagaan dan keharmonian integrasi kaum di Malaysia.

“UMNO perlu belajar dari sejarah. Jangan menang sorak kampung tergadai!,” tegasnya.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan parti dalam komponen BN.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan PN walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.

Difahamkan keputusan itu dibuat dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).


#Sumber : ISMAWEB    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Penganalisa politik seperti lukman hakim ni tak teratur pemikirannya. Jangan sedap cakap tak berasas. PN hanya kumpulan informal bukan resmi jadi takde istilah umno keluar pn. Lagipun tsmy memohon masuk MN, sudah tentulah ini lebih baik.

    BalasPadam
  2. Allah ada
    Rakyat ada

    Mandat rakyat
    Pengkhianat dan petualang hapus

    BalasPadam
  3. Pemipin yang amanah dan jujut tak perlu..takut atau risau..Pemimpin yang tak jujur..tak amanah..dan salah guna kuasa...Badan sudah terasa bahang panas..walau pun pejabat ada penghawa dingin..

    BalasPadam
  4. PPBM dengan UMNO susah nak bersama bawah satu bumbung kerana PPBM tu dianggap pengkhianat UMNO, ingat senang ke nak lupakan kisah silam. Sama jugak PAS dengan AMANAH, susah bohh. Kesimpulan biarlah PPBM diluar MN. PRU 15 nanti MN satu bendera PPBM dan GPS bawah bendera yang menyokong MN. Jadi MN plus. Buat masa ni biarlah ianya dipangil Perikatan Nasional. Tapi PAS tidak mungkin agak mengguna Dacing dalam PRU 15. MN mesti ada simbolnya sendiri.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.