Header Ads

ads header

Flash News

Wajib pakai pelitup muka di tempat sesak, pengangkutan awam mulai 1 Ogos


Pemakaian pelitup separuh muka akan diwajibkan di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaru itu.

“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri berkata keputusan tersebut mengambil kira penambahan kluster-kluster baru yang telah dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata pada masa ini, peraturan tersebut hanya dikuatkuasakan bagi menaiki semua kenderaan awam seperti LRT, MRT serta bas dan di tempat sesak seperti pasar dan pasar tani.

Sementara itu, beliau berkata spesifikasi bagi mereka yang mahu menjahit pelitup separuh muka sendiri akan dikeluarkan oleh KKM dalam media bagi memastikan pelitup muka yang dihasilkan itu menepati syarat ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kerajaan selama ini tidak mewajibkan pemakaian pelitup (separuh) muka kerana memahami keadaan mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli pelitup muka pakai buang.

“Untuk pakai buang ini, yang terbaik pakai untuk tiga jam dan tukar, jika keluarga besar tentu tanggungan besar (beli pelitup separuh muka), jadi WHO keluarkan peraturan boleh pelitup muka biasa tetapi ada spesifikasinya,” kata beliau.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan