Header Ads

ads header

Flash News

Zahid nasihat, Umno jangan terheret bahas isu calon PM


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan partinya agar tidak terheret dalam perbahasan mengenai calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ia setelah beberapa pemimpin dan veteran Umno menyuarakan rasa tidak senang dengan pendirian yang disuarakan ahli majlis tertinggi Umno yang juga Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Annuar Musa bahawa Umno dan PAS bersetuju untuk terus menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ketika menghadapi PRU15.

“Umno tidak seharusnya terheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon perdana menteri, malah tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Kata Zahid, Umno kini memberi keutamaan kepada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Julai nanti.

“Umno sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan perdana menteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan.

“Arahan telah dikeluarkan kepada ahli-ahli parlimen Umno dan BN untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin daripada terus diganggu-gugat oleh pihak pembangkang," katanya.

“Semua menteri dan timbalan menteri BN telah diminta mengambil tindakan menerusi kementerian masing-masing dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan terutamanya golongan yang tekesan oleh Covid-19,” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan