Header Ads

Header ADS

16 tan lemak babi untuk buat biskut dirampas


BUTTERWORTH:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas kira-kira 16 tan lemak babi yang digunakan untuk membuat biskut dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini Isnin lalu.

Jurucakap Maqis negeri berkata, ketika operasi kira-kira pukul 9 malam itu, pihaknya mendapati satu kontena yang membawa masuk produk proses berkenaan yang diisi di dalam tong bersaiz 10 kilogram (kg) setiap satu.

Tambahnya, siasatan mendapati produk itu dibawa masuk tanpa mematuhi syarat-syarat import seperti yang dinyatakan dalam Permit Import Maqis iaitu tiada nama dan alamat loji pada label pembungkusan.

“Sebanyak 16,200 kg lemak babi itu yang bernilai RM110,456.37 telah disita untuk tindakan lanjut.

“Tujuan dagangan dari Belanda itu diimport adalah sebagai bahan dalam pembuatan biskut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728].

#Sumber : – UTUSAN   

MR :  Biskut apa? Teruk kalau ekonomi dikuasai bukan Islam  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Hentikanlah makan biskut dari kilang sepet

    BalasPadam
  2. Biskut raya, kek, cookies semua x leh caya

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.