Header Ads

ads header

Flash News

BERSATU wujud sayap baharu untuk ahli bersekutu

KUALA LUMPUR:
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mewujudkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu daripada golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera, dapat bersama-sama memegang jawatan dan menyumbang idea.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, berkata usul itu sudah dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi parti dan jika diterima, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk meminda perlembagaan akan diadakan supaya sayap berkenaan dapat dibentuk.

"Kita akan bersama-sama dalam satu saf kerana cabaran di hadapan kita agak besar," katanya pada Kongres Negara 2020 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Muhyiddin bersama Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Kongres Negara 2020 di MITEC, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad
Muhyiddin bersama Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Kongres Negara 2020 di MITEC, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

Muhyiddin menyampaikan ucapan pada Kongres Negara 2020 di MITEC, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad
Muhyiddin menyampaikan ucapan pada Kongres Negara 2020 di MITEC, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

Muhyiddin bersama pemimpin kanan Perikatan Nasional mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu parti BERSATU dan lagu Jalur Gemilang selepas Kongres Negara 2020 di MITEC, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

#Sumber : BH   

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan