Header Ads

ads header

Flash News

3 rentung dalam kemalangan lima kenderaan


SEGAMAT:
Tiga mangsa rentung, sembilan selamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang, Kampung Melayu Raya Segamat, malam tadi.

Dua mangsa rentung ditemui dalam Proton Saga, manakala satu mangsa dalam Honda Accord. Identiti ketiga-tiganya masih belum dikenal pasti.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima maklumat kejadian pada 10.47 malam dan menggerakkan tiga jentera, termasuk kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat serta Labis, bersama kekuatan 15 anggota.

Pegawai Bomba Kanan II Fuad Mohamad yang mengetuai operasi, memberitahu dua mangsa terselamat iaitu pemandu Perodua Alza dikenali Mohamad Raqib Fitri Mohamad Asri, 23, dan individu dalam Proton Wira.

Sementara itu, tujuh individu selamat dalam sebuah lagi Proton Saga iaitu pemandu, Zamri Shedek, 39, dua wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Fuad berkata, Honda Accord dan Proton Saga sedang marak terbakar ketika mereka tiba dan operasi pemadaman segera dilakukan.

Pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa terperangkap dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 1.28 pagi.

#Sumber : BH   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan