Header Ads

ads header

Flash News

Annuar puji sikap berjiwa besar wakil Armada yang kena ‘boo’


KUALA LUMPUR –
Tan Sri Annuar Musa memuji sikap berjiwa besar wakil Armada Nasional Perak yang di ‘boo’ sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, semalam.

Setiausaha Agung (SUA) BN itu berkata, beliau bersama rakan sejawatan dalam komponen parti itu, termasuk Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang menyelaraskan jadual gerak kerja untuk sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

“Saya salute anak muda berjiwa besar. Saya bersama SUA Pas, SUA Bersatu, SUA MCA, MIC, KIMMA, MS, IPF dan PCM serta lain-lain parti, sedang selaras jadual untuk pimpinan parti turun bersama berkempen untuk calon muda BN,” katanya menerusi ciapan Twitternya, semalam.

Annuar mengulas reaksi Ketua Armada Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh yang dilaporkan berkata, partinya tidak mengambil hati dan berlapang dada dengan insiden yang berlaku itu.

Dalam kejadian itu, beliau di ‘boo’ ketika berada di atas pentas setelah diperkenalkan oleh Pengerusi Pemuda BN Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama wakil parti komponen iaitu Pemuda MCA, MIC dan Pas.

Beliau juga turut disorak apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama sayap Bersatu itu.

Ketika ditemui wartawan selepas majlis itu, Mohd Hafez Mubin berkata, perkara itu bukan halangan untuk Armada Bersatu mengerahkan jenteranya membantu memenangkan calon BN.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN dan dua calon bebas.

BN diwakili anak tempatan Slim, Mohd Zaidi Azizi yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, manakala calon bebas diwakili Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Santhara Sekaran Subramaniam.

#Sumber : – MalaysiaGazette   

MR : Ini adalah titik mula penyatuan Islam Melayu di Malaysia, memerlukan orang yang berjiwa besar bagi agenda besar.. Puak PAN mana tahu dan mengerti   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. saki baki perangai lama UMNO masih liat untuk dibuang. Buanglah ego tu.Perangai atau akhlak buruk dalam organisasi perlu dipelihara. Tidak perlu nak memperlekehkan orang lain.Kalu tak, sama macam PH nanti

    BalasPadam
  2. Betui..ubahlah sikap ..contohi yg baik,kita menuju kejayaan..

    BalasPadam