Header Ads

ads header

Flash News

4 daripada 22 bahagian PPBM Selangor sokong Dr M

PETALING JAYA: Empat bahagian PPBM di Selangor mengumumkan pembubaran, sambil menyuarakan sokongan mereka terhadap parti baru yang ditubuhkan bekas pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad.

Bahagian Petaling Jaya, Klang, Jeram dan Ulu Langat, menyatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi PPBM. Seramai 3,300 ahli dikatakan keluar daripada parti.

Bahagian Bangi dan Kota Raja dijangka mengikutinya esok.

Mohamad Shafiri Abdul Karim dari PPBM Petaling Jaya berkata “kami menolak kerjasama dengan pihak yang terlibat dalam kleptokrasi”, merujuk kepada keanggotaan PPBM dalam Perikatan Nasional, pakatan dengan Umno dan PAS yang membentuk kerajaan Persekutuan.

Semalam, Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baru.

Awal hari ini, ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM, Tariq Ismail dan Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar PPBM.

#Sumber : FMT    

MR : Masih kecil peratusnya, tapi kalau baca sebaran cybertropper mereka 80% Bersatu Selangor sokong Mahathir... kuat kencing!   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan