Header Ads

ads header

Flash News

Anwar terbuka dengan parti baru Dr M dan bersedia pertimbang gabung PH jika diminta

Pakatan Harapan bersedia mempertimbangkan kemasukan parti baru yang akan ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke dalam gabungan itu, kata Pengerusinya Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut presiden PKR setakat ini tidak ada lagi sebarang permintaan daripada bekas pengerusi Bersatu itu.

"Dia tak minta pun," katanya apabila ditanya jika PH akan menerima parti yang baru ditubuhkan Mahathir sebagai komponen parti gabungan tersebut.

"Sekiranya dia minta kita pertimbangkanlah. Biar dia minta dulu," katanya kepada pemberita selepas majlis jelajah presiden ke Selangor di Shah Alam, Selangor malam ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata memandangkan Mahathir baru mengumumkan penubuhan parti tersebut, ahli parlimen Port Dickson memilih untuk bersikap tunggu dan lihat.

"Tun baru nak umumkan nak tubuhkan parti baru kita tengoklah," katanya.

Anwar juga enggan mengulas ketika ditanya sekiranya langkah penubuhan parti itu wajar dilakukan atau tidak.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata parti baru yang belum dinamakan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran "iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional."

"Apabila kami bertanding (pada pilihan raya akan datang) kami mungkin akan adakan perjanjian dengan parti-parti, mungkin juga tidak. Tetapi selepas pilihan raya, kami boleh menyertai sesuatu gabungan atau lainnya.

"Kami bebas, kami boleh buat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti yang kami fikir akan membawa matlamat penubuhan (parti) kami," katanya.

Beliau memberikan jawapan serupa ketika ditanya jika beliau akan membentuk blok ketiga bersama dengan Warisan.

Ditanya mengapa beliau tidak menyesuaikan kekuatan barunya bersama bekas rakan-rakan dalam PH, Mahathir menyebut terdapat "masalah" dengan PKR.

"Kami ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan, tetapi kami ada beberapa masalah dengan parti terbesar PH. Saya tidak mahu menyebutkannya, tetapi saya rasa anda semua tahu, ”katanya.

"Kami tidak berpecah daripada siapa pun, kami bebas daripada semua orang," tambah Mahathir ketika ditanya sekiranya beliau berpecah dengan Anwar.     

MR : Keluar daripada masalah untuk masalah lebih besar    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan