Header Ads

ads header

Flash News

Apa? Ingat ibu pejabat SPRM hotel selesa, Najib perli Guan Eng


Najib Razak mengulas kenyataan Lim Guan Eng, yang mendakwa bekas perdana menteri itu diberi layanan yang lebih baik ketika ditahan semalaman di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Najib menegaskan beliau ditahan bukan sekali tetapi dua kali dan SPRM ketika itu berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

"Adakah anda fikir kompleks SPRM itu sebuah hotel untuk saya bermalam dengan selesa atau adakah SPRM di bawah kerajaan PH anda akan memberikan saya keistimewaan?

"Tidak seperti anda, saya ditahan dua kali untuk semalaman oleh SPRM - sekali bagi kes SRC pada bulan Julai 2018 dan sekali lagi untuk kes 1MDB pada bulan September 2018.

"Bukan itu sahaja tetapi isteri saya juga perlu bermalam di SPRM tidak seperti isteri anda yang dibenarkan pulang," katanya pada satu kenyataan petang tadi.

Bagaimanapun, Najib tidak menyebutkan sekiranya beliau telah menghabiskan dua malam di lokap atau jika dirinya dikenakan memakai pakaian tahanan SPRM berwarna jingga seperti Lim.

MR : Engkau pula rasa..    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan