Header Ads

ads header

Flash News

Pusat judi Sg Buloh: Tindakan tegas jika anggota polis terbabit, kata Hamzah



Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pihak polis selepas siasatan teliti dilakukan berhubung penularan video pemilik gerai burger, Mohd Asri Hamid yang mendedahkan kewujudan kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

“Kita buat secara lebih baik.. sebenarnya tak pernah dapat aduan mana. Kalau ada saya akan ambil tindakan tegas bukan hanya kepada orang melakukan, begitu juga dengan anggota polis di situ.

“Kalau betul mereka terbabit kita akan ambil bagi jawatankuasa disiplin memastikan bahawa kalau boleh ambil tindakan ikut tindakan disiplin sepatutnya kita akan buat,” katanya dalam sidang media di bangunan parlimen baru selepas pertemuannya dengan Mohd Asri hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan kira-kira satu jam pada petang tadi, yang turut dihadiri oleh ketua setiausaha KDN.

Mohd Asri atau turut dikenali sebagai Asri Janggut baru-baru ini mendedahkan kewujudan kegiatan kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di Sungai Buloh.

Selain itu dia turut mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan. Klip video tersebut tular.

Dia turut mempertahankan tindakan pihak polis terhadap Mohd Asri yang dipanggil untuk disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Saya nak maklumkan pertamanya, tindakan terpaksa kita ambil oleh kerana Asri sendiri ada menuduh (bahawa) dia nanti jadi masalah kepada diri dia.

“Jadi membuat tuduhan-tuduhan seperti itu, ia menimbulkan perkara yang lebih sulit kerana menuduh sesuatu tentang diri dia sendiri, keselamatan diri dia, keselamatan keluarga dia.

“Saya berterima kasih kerana Asri dapat maklumkan kepada kita bahawa kawasan tu terlampau sangat dasyat tempat perjudian yang terbuka dan dibuka sewenang-wenangnya.

“Saya nak maklumkan bahawa premis yang dijadikan tempat perjudian ini mesti mendapat kelulusan PBT (pihak berkuasa tempatan) bukan polis,” katanya.

Hantar video pada saya

Pada masa sama, Hamzah berkata beliat sendiri akan melihat dan memastikan tempat tersebut sama seperti yang dikhabarkan oleh Mohd Asri.

Hamzah menyarankan pendedah maklumat supaya menyalurkan informasi secara terus kepada beliau dan bukannya menularkannya di media sosial seperti yang dilakukan oleh Mohd Asri.

Ketua Polis Sungai Buloh Shafa'aton Abu Bakar sebelum ini berkata klip video yang dikongsi oleh Mohd Asri boleh dianggap memfitnah dan merosakkan imej polis.

Shafa'aton berkata ketua balai polis Sungai Buloh dan MBSA telah membuat laporan polis terhadap Mohd Asri.

Video di bawah merupakan laporan Bernama, memaparkan Hamzah Zainudin ditemani Asri meninjau kawasan sekitar Bandar Baru, Sungai Buloh bagi melihat sendiri premis perjudian, penjualan rokok seludup dan perniagaan yang dijalankan warga asing seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

MR :  Panas punggung mana-mana yang terbabit  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan