Header Ads

ads header

Flash News

Baik Najib, Muhyiddin atau Anwar tak boleh kukuhkan kedaulatan kita, kata Dr M


PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad berkata baik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim atau bekas perdana menteri Najib Razak, tidak boleh mengukuhkan kedaulatan Malaysia.

Dalam temu bual Youtube dengan pelajar, Farid Aziz, Mahathir ditanya siapakah individu yang dipercayainya dapat mengukuhkan kedaulatan negara antara 3 pemimpin terkemuka itu.

“Tiada satu pun,” katanya dalam sesi pertanyaan cepat tanya-cepat-jawab.

Beliau juga ditanya tentang gabungan kerajaan yang paling kuat dan adil antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Untuk itu, beliau menjawab: “BN pada waktu awal.”

Ketika diminta untuk menggambarkan sifat baik Anwar, Mahathir berkata, beliau bercita-cita tinggi, selain menambah bahawa bekas timbalannya itu memilih untuk bergabung dengan Umno kerana tahu beliau tidak boleh menjadi perdana menteri jika menyertai PAS.

“Saya terima dia, saya naikkan pangkat dia sehingga dia jadi timbalan perdana menteri. Apabila saya letak jawatan, dialah akan ganti saya.

“Tetapi sebelum itu, berlaku peristiwa-peristiwa yang menyebabkan dia dihadapkan ke mahkamah dan itu menghalang kemungkinan dia jadi perdana menteri,” katanya.

Mahathir juga menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang berbakat dan berkebolehan.

Namun, katanya, cara bekas perdana menteri itu mendapatkan populariti dalam kalangan rakyat dengan memberikan wang percuma adalah “idea yang tidak sesuai” bagi seorang pemimpin.

Dalam pada itu, Mahathir meminta belia supaya lebih terlibat dan peka dengan perkembangan negara, selain mengingatkan bahawa perbuatan mengabaikan perkara boleh dianggap sebagai melepaskan tanggungjawab.

“Itu menunjukkan perasaan yang tidak bertanggungjawab kerana apa yang berlaku dalam negara akan mempunyai kesan ke atas mereka kemudian. Sebab itu mereka harus mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Jika tidak, mereka akan dikuasai oleh orang yang mempunyai agenda tertentu yang mungkin tak baik bagi negara.”

#Sumber : FMT   

MR : Semua orang tak betul... standardlah tu   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


18 ulasan:

  1. Atok saja yang boleh jaga kedaulatan negara dengan menjadi undang undang berok sebagai amalan semasa berkuasa selama 22 bulan.Atok kentut wangi sebab itu dia sentiasa betul hehehe.

    BalasPadam
  2. Insyaallah akan ada seorang pemimpin yang datang berjiwa rakyat...percayalah...

    BalasPadam
  3. Mamak ni nak jaga/selamatkan kedaulatan dinasti kutty saja. Yang heran tu dah terang2 kencing atas kepala orang melayu ada lagi melayu yang yang menyokong dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. percayalah kalau si atok masuk mn terus si awanama memuji muji si atok. tak percaya cuba tengok.

      Padam
    2. Bodohnya kau hancurkan dapigs, kapir harbi tak habis menipu. Pergi balik tongsan/kerala.

      Padam
    3. Saya seorang muslim ahli sunnah wal jamaah. maksudnya saya ikut al-quran n sunnah bukannya ikut ularmak yang tikam belakang. ada faham. and in case u don't notice, i'm malaysian. kau ni duduk sempadan siam ke awanama. lain macam je kau ni.

      Padam
    4. Mamak darah keling.

      Padam
  4. Heran betul saya walau pun sudah sangat jelas Dr mahathir banyak melalukan kesalahan kesilapan masih ramai lagi yg mencium tangan nya

    BalasPadam
  5. Zalim, pembunuh, penipu pencuri,perosak agama "baling batu sembunyi tangan sudah menjadi darah dangingnya.... "

    BalasPadam
  6. Hanya boboi jer yg boleh..jg kroni dn kga.....kikiki

    BalasPadam
  7. Atok cuma nk kata bhw hanya dia seorg saja yg boleh jadi PM terbaik di negara ini khususnya dan dunia amnya. Org lain x mampu memimpin.Apa yg org lain buat semuanya salah hatta menjaga kebajikan rakyat sekalipun. Hanya apa yg dia buat saja yg betul dan terbaik, termasuklah memperkayakan anak2 dan kroninya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atok ada plan nak masuk mn. kau tengok le nanti tuan guru kesayangan engkau akan berpeluk mesra pada masa tu. what say you at that time????

      Padam
    2. Balik tongsan please hancurkan dapigs atau kerala. Apa2 pun keluar dari negara ni lah. Tak payah buat reverse psychology lah, menguap dah bosan.

      Padam
    3. jangan meroya, tunggu dan lihat. and by the way kau paham tak maksud reverse psychology tu apa? kau sekolah sampai darjah berapa ni??? oh my god. patut le wala' tak tentu hala

      Padam
    4. Balik je kerala ok? Orang melayu tulin tak tulis macam ko :)

      Padam
  8. Tak boleh pakai ckap dia dah! Dok kira dia sja betoi,apalah tokwan ni nyanyok!?

    BalasPadam
  9. Yang kamu pi tanya orang tua nyanyuk ni siapa suruh?! Dah tahu nyanyuk, masih tanya lagi. Tu sebab dia jawab gitu.

    BalasPadam