Header Ads

ads header

Flash News

Bekas MP PKR sertai Bersatu

Anggota Parlimen Segamat Dr Santhara Kumar menjelaskan beliau menyertai Bersatu atas prinsip dan kerelaan dirinya sendiri.

Dia turut menyifatkan faktor Bersatu yang lebih terbuka kepada semua kaum selain berteraskan Perlembagaan negara mendorongnya menyertai parti berkenaan.

“Saya terbuka hati tanpa tekanan atau paksaan dari mana-mana pihak, saya menyertai parti Bersatu dan saya telah mendapat restu daripada rakan-rakan perjuangan saya, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Santhara turut mengesahkan dia telah menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin di bangunan Parlimen pada 5.50 petang, semalam.

Mengulas lanjut, Santhara menegaskan bahawa dia tidak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya dipecat susulan prinsipnya ketika itu yang mempertahankan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Santhara kemudian menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri sebelum ini.

Santhara yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berkata penyertaan itu menjadikan dia sebagai ahli Parlimen bukan Bumiputera tunggal sebagai ahli bersekutu Bersatu dan berhasrat untuk meneruskan hak dan perjuangan membantu masyarakat India dan minoriti lain.

Selain Santhara, anggota Parlimen yang turut dipecat daripada PKR sebelum ini ialah Azmin (Gombak), Zuraida (Ampang), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).


#Sumber :BERNAMA    

MR : PKR tunggu masa nak bubar   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan