Header Ads

ads header

Flash News

Boleh buka semula siasatan kes banglo Guan Eng, kata menteri


PETALING JAYA:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk membuka semula siasatan kes pembelian banglo bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng jika ada bukti baru.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) di Dewan Rakyat hari ini Takiyuddin berkata, agensi anti-rasuah itu tidak ada halangan untuk melakukannya kerana ia adalah badan bebas.

Terdahulu, Fadhli bertanya adakah Putrajaya berhasrat membuka semula siasatan terhadap kes itu selepas pertuduhan terhadap Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon digugurkan pada September 2018.

Takiyuddin berkata, Peguam Negara ketika itu memohon untuk tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA).

“Ini bermaksud tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan dan bukan bermaksud pelepasan sepenuhnya. Namun, mahkamah setelah mendengar hujah pihak Peguam Negara terdapat petunjuk baru, mahkamah telah memberikan pelepasan sepenuhnya kepada tertuduh.

Takiyuddin Hassan

“Selepas itu, Peguam Negara tidak lagi membuat apa-apa permohonan rayuan berhubung keputusan mahkamah,” katanya.

Pada 30 Jun 2016 Lim didakwa menggunakan jawatan atau kedudukan awamnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan suapan untuk diri dan isterinya Betty Chew dengan meluluskan permohonan menukar tanah pertanian kepada tanah perumahan dalam satu mesyuarat ecxo negeri pada 18 Julai 2014.

Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta, yang lebih rendah daripada harga pasaran hartanah itu sebanyak RM4.7 juta pada masa itu.

Phang didakwa bersubahat dengan Lim.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada 3 Sept 2018 oleh Mahkamah Tinggi George Town selepas Peguam Negara menggugurkan pertuduhan itu.



#Sumber : FMT   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kamu suka main p0k3r atau dom1n0? Main disini saja 1onQQ*c0m
    Fair agen, Terpercaya.. Menang pasti kamu dibayar!!
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam
  2. Jangan lupa kes penjualan tanah dan ladang Tabung Haji secara haram kepada keluarga Lim!!

    BalasPadam
  3. Kita mohon kerajaan membuka semula kes banglo terlajak diskaun dan menyiasat semula orang-orang yang terlibat. Jika mereka didapati melakukan keaalahan, sila dakwa mereka di mahkamah.

    Sekarang Atuk Kerala dan Mr Tomato sudah tidak berkuasa untuk campurtangan.

    BalasPadam