Header Ads

Header ADS

‘Patut dakwa kes membunuh, bukan perhimpunan haram’ kata Zahid


Presiden Umno Zahid Hamidi mempersoalkan kenapa pihak berkuasa hanya mengesyorkan pertuduhan menyertai perhimpunan awam dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Sewajibnya, pendakwaan yang patut dikenakan kepada mereka yang terlibat adalah kesalahan yang berkaitan dengan jenayah membunuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Bab 16 Kanun Keseksaan dan bukannya kesalahan himpunan haram,” kata Zahid.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin semalam berkata 12 orang suspek disyorkan dituduh bawah Seksyen 143 Kanun, iaitu berkaitan penyertaan dalam perhimpunan menyalahi undang-undang.

Polis juga mengesyorkan inkues baru diadakan.

Menulis di Facebook, Zahid berkata cadangan tersebut seolah-olah menidakkan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 yang memutuskan punca kematian Adib disebabkan perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Zahid juga berkata pertuduhan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan hanya memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

“Ini tidak setimpal dengan nyawa seorang Penjawat Awam yang telah dibunuh,” katanya.

Berkaitan cadangan mengadakan semula inkues, Zahid berkata walaupun dibenarkan oleh undang-undang, ia jelas membuang masa dan “melengahkan lagi keadilan” terhadap arwah dan keluarganya.

RSN Rayer 

Sementara itu, anggota parlimen Jelutong RSN Rayer turut bertanya Hamzah di parlimen keranapa 12 suspek tidak dituduh atas kesalahan membunuh.

Timbalan Hamzah, Ismail Mohamed Said, menjawab menteri telah pun menjawab perkara itu dan meminta Rayer menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara berkaitan pertuduhan itu dan syor diadakan inkues baru.

Muhammad Adib, 24, dari Balai Bomba Subang Jaya, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari dirawat.

Dia mengalami kecederaan semasa bertugas ketika berlaku rusuhan berkaitan pertikaian kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, pada 26 Nov 2018.


MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kamu suka main p0k3r atau dom1n0? Main disini saja 1onQQ*c0m
    Fair agen, Terpercaya.. Menang pasti kamu dibayar!!
    Sedia deposit pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.