Header Ads

Header ADS

Dua minggu bebas dari penjara, penganggur ditahan hempas anak


IPOH, 5 Ogos
― Baru sahaja dua minggu dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah, seorang penganggur ditahan lagi selepas tergamak menghempas anak kandungnya berusia tujuh tahun ke lantai rumah dalam kejadian di Kampung Kroh Hilir, Kuala Kangsar di sini Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar DSP Zahiri Hassan berkata kejadian kira-kira pukul 8.20 malam berlaku ketika suspek berumur 37 tahun itu sedang makan sebelum tiba-tiba marah apabila anak perempuannya itu meminta air minuman di atas meja.

Beliau berkata suspek yang tidak berpuas hati bertindak mengangkat anak bongsu daripada empat beradik itu lalu menghempaskannya ke lantai sehingga cedera apabila dahi kiri mangsa terkena bucu meja makan.

“Suspek mengatakan anak perempuannya itu telah mengetuk kepalanya dan marah akan perbuatan anaknya. Mangsa kemudian menjerit dan menangis kesakitan. Ibu mangsa berusia 40 tahun yang sedang mengurus jadual persekolahan anak-anaknya bergegas membawa mangsa ke klinik kesihatan untuk dirawat.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut susulan mengalami kecederaan luka pada dahi kiri dan bengkak di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zahiri berkata walaupun suspek telah melarikan diri sebaik sahaja selepas kejadian, lelaki itu yang mempunyai dua rekod jenayah lampau dan lima rekod lampau berkaitan kes dadah, berjaya diberkas di rumahnya kira-kira pukul 12 tengah hari keesokannya.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. ― Bernama


#Sumber :  bernama  

MR : Penjara masih belum mampu mendidik    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Lagi ngearasa ada hoki?
    ayo coba mainkan kartu mu disini i0nqq*c0m
    Bisa dp via pulsa juga (min 25rb)

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.