Header Ads

ads header

Flash News

Hafizh Syahrin selamat dalam kemalangan ngeri


KUALA LUMPUR:
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terselamat selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan di awal perlumbaan Grand Prix (GP) Austria, hari ini sehingga perlumbaan di Litar Red Bull Ring-Spielberg itu terpaksa dipendekkan kepada 13 pusingan.

Insiden berkenaan pada mulanya berlaku selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di tengah laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedari kemalangan itu gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Italtrans Racing Team berkenaan.

Motosikal ditunggang Hafizh dilihat berkecai dan pelumba Openbank Aspar Team itu melambung tinggi di udara.

Kemalangan itu turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Farid Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) sebelum saingan terpaksa dikibarkan bendera merah susulan insiden berkenaan.

Motosikal ditunggang Hafizh ‘berkecai’ dan pelumba Openbank Aspar Team itu melambung di udara.
Motosikal ditunggang Hafizh ‘berkecai’ dan pelumba Openbank Aspar Team itu melambung di udara.

Begitupun, Hafizh dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami lebam di beberapa bahagian badan.

Bos pasukan Openbank Aspar Team, Gino Borsoi berkata: "Hafizh berada dalam keadaan baik, dengan dia hanya mendapat lebam terutama di bahagian pinggul tetapi berada dalam keadaan sedar."

Sementara itu, Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali turut mengesahkan perkara sama.

"Hafizh berada dalam keadaan sedar dan hanya lebam. Selainnya OK. (Hafizh) masih berada di pusat perubatan untuk pemerhatian," katanya.

#Sumber : BH   
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan