Header Ads

ads header

Flash News

Hidangan MP PN dikatakan Mewah, PH hidang Daging Wagyu RM2,000 sekilo dikatakan zuhud yang tahu derita dan sengsara rakyat

Sebagai Ketua Editor MR, saya tak terlepas membaca artikel daripada MalaysiaDateline yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman yang mengkin kini penulisannya hanya sebelah mata (sebelah pihak) dan tidak lagi berintegriti kerana melihat salah musuh dan memejam mata atas maklumat yang mengenai diri sendiri.

Lutfi menyelongkar tentang hebatnya pemerintahan TS Khalid Ibbrahim tentang duit rakyat, bagaimana kerajaan Selangor yang mengamal integriti dalam semua urusan. Lutfi bercerita panjang pasal penjimatan duit tapi malangnya Lutfi memejam mata atas isu-isu berkaitan kerajaan PH sebelumnya yang tak kurang menghabiskan wang rakyat.

Saya tak menyelongkar seleperti Lutfi untuk10 tahun lalu tetapi saya sekadar teringat akan isu hidangan lembu wagyu zaman PH kira-kira 2 tahun lalu pada 2018. Tak nak panjangkan penulisan ini, saya salin sahaja petikan Mstar untuk tatapan Lutfi dan rakan-rakan cybertropper PH.

Parlimen hidang menu daging RM2,000 sekilogram?


Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

Menu sajian mewah di Parlimen tular di media sosial.

PETALING JAYA: Sekeping gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu wagyu dipercayai dihidangkan semasa jamuan tengah hari di Parlimen menjadi tular di Twitter.

Hidangan tersebut menjadi perhatian gara-gara harganya yang dikatakan mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B.

Selain daging wagyu, hidangan lain termasuk udang harimau goreng mentega, rusuk kambing goreng berempah, dada ayam kuah percik,  tauhu Jepun kukus dengan broccoli dan nasi putih.

Seorang pengguna Twitter @TheDukeofKL tampil mempersoalkan sajian mewah itu yang dihidangkan di saat kerajaan Pakatan Harapan mendakwa negara berdepan bebanan hutang mencecah RM1 trilion.

“Hutang negara 'RM 1 Trilion'. Rakyat pula terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. 

“Tapi di Dewan Rakyat, mereka jamu daging Wagyu yang berharga RM2,000 sekilo. Tahniah kerajaan Pakatan Harapan,” tulisnya di Twitter.

Hidangan itu hangat diperkatakan di ruangan komen posting tersebut dan ada yang mempersoalkan cara daging mahal itu dimasak.

“Daging mahal-mahal masak kicap,” kata @PowieSarah berserta emoji gelak sambil keluar air mata.

“Alahaiii chef pun ...sekadar nak masak kicap dengan kentang, guna daging batang pinang pun dah sedap weyyy! Pembangkang tunggu cari point je nak tempelak. Hati-hatilah,” kata @KyraCinta.

Menerusi carian di Internet, wagyu adalah baka lembu di Jepun, di mana ‘Wa’ bermaksud Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu.

Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot.

Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. 

Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.

Contoh hidangan daging wagyu. - Gambar hiasan/Snake River Farms

Kesahihan mengenai gambar menu hidangan tersebut disahkan sumber kerajaan kepada mStar Online.

Sumber itu berkata hidangan daging wagyu berkenaan bagaimanapun hanya disajikan untuk tetamu di meja utama sahaja membabitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Selain PM dan TPM, hidangan tersebut turut disajikan kepada Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, dua timbalan Speaker dan Ketua Hakim Negara yang duduk semeja,” katanya kepada mStar Online.

Menurut sumber itu lagi, untuk tetamu lain seperti Ahli Parlimen, Senator, menteri Kabinet, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan duta, hidangan secara bufet disediakan.

“Tempat duduk bebas. Hidangan bufet ada sate, murtabak, mi goreng, nasi goreng, wantan goreng dan siu mai goreng.

“Untuk pencuci mulut pula ada sandwich, sosej roll, puding dan kek mini,” katanya.


...........

Kalau PH kata nak ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz, termasuklah MP Jelutong. Petikan ini cukup untuk mereka faham.

Itu belum lagi kita bicarakan tentang makan mewah (INI BARULAH MEWAH) Anwar dan rakan-rakan MP PH.

Rasa cukup untuk Lutfi kembali semula kepada integriti dalam menulis agar orang akan hormat dia menulis sehingga dia mati.



Telegram @abbasmohdnoor


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan