Header Ads

ads header

Flash News

Istana Negeri Sabah sangkal tapi surat bubar DUN 29 Julai bukti rancangan lebih awal Shafie

TYT kata tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah. Bagaimana mahu terima jika rancangan bubar DUN sudah diterima pada 29 Julai lagi. Hanya 30 Julai Shafie umumkan secara rasmi. Maksudnya TYT memang tidak mahu bertemu Musa dan ADUN..

KOTA KINABALU: Susulan laporan NGO G57 melaporkan kepada SPRM salahlaku TYT terima rasuah daripada Shafie Apdal, Istana Negeri Sabah hari ini Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin menyalah guna kuasa dan rasuah serta menerima imbuhan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Abinan Asli berkata demikian dalam sidang medianya mempertahankan tindakan TYT membubarkan DUN 30 Julai lalu.

“Istana Negeri dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Zulkarnain Mahdar.

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali serta mengandungi niat jahat,” katanya

TYT tidak terima Akuan bersumpah

Abinan menjelaskan Yang Dipertua Negeri Sabah tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah seperti yang didakwa Zulkarnain sebelum menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Sabah.

Katanya, Istana Negeri juga tidak pernah menerima permintaan secara rasmi atau tidak rasmi daripada bekas ketua menteri Sabah Musa Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Juhar.

Bagaimana terima SD jika rancangan bubar awal, sekatan jalan Istana

Bagaimanapun netizen nampaknya menyangkal kenyataan Setiausaha Sulit TYT itu. Kenyataan Istana itu jelas meragukan. Rakyat Sabah malah TYT  tahu perjumpaan diuruskan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Nardin Setiausaha Politik PM terhadap TYT selain laporan media tentang sokongan ADUN kepada Musa Aman, kenyataan istana tidak ada usaha pertemuan itu sangat memusykilkan. Oleh itu alasan Tan Sri Musa dan ADUN tidak mahu bertemu TYT adalah tidak masuk akal.

 Media telah melaporkan lebih awal tentang jumlah mencukupi Tan Sri Musa dan ADUN.
Bagaimana Setiasaha Sulit Istana tidak tahu? Sepatutnya TYT dinasihat menerima SD bukan membubarkan.

Dalam satu surat Ketua Menteri, Sahfie Apdal kepada TYT bertarikh 29 Julai 2020 jelas Shafie telah menghantar surat lebih awal kepada TYT untuk membubarkan DUN atas alasan tidak stabil dan diancam pihak tertentu yang berniat menjatuhkan Kerajaan pimpinan Warisan yang ada sekarang. Ini bermakna Shafie sudah merancang awal, TYT tahu mengenainya dan Shafie hanya datang mengambil surat pembubaran  lebih awal pada 30 Julai sekalipun TYT tahu Tan Sri Musa sudah mempunyai sokongan yang mencukupi.
Bukti surat mohon bubar Shafie 29 Julai dan Warta bubar 30 Julai 2020


Abinan berkata, Istana Negeri tidak pernah mengarahkan sekatan terhadap Musa dan rombongan memasuki kawasan istana pada 30 Julai, sebaliknya sekatan itu dibuat bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Benarkah? Jika surat 29 Julai sudah diterima istana maka sekatan 30 Julai adalah jelas sebagaimana laporan media massa.

Sepatutnya sebagai TYT 'yang nampak adil' menerima rombongan terlebih dahulu, mendengar segala pandangan dan juga melihat SD ADUN bukan segera menandatangani pembubaran pada 29 atau 30 Julai sebagai bukti surat di atas.

 
#Sumber :sabahkini2.com    

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan