Header Ads

ads header

Flash News

Janji Kencing DAP, menaiktaraf FT050 jika PH menawan Putrajaya


Ketika kempen PRU14 dulu, calon PH untuk Parlimen Ayer Hitam iaitu Liew Chin Tong dalam manifestonya telah berjanji akan menaiktaraf FT050 jika PH menawan Putrajaya.

Selepas PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU14, Liew Chin Tong walaupun tewas kepada saya, tetapi beliau tetap dilantik oleh Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.

Berita mengenai janjinya untuk menaiktaraf FT050 tidak lagi kedengaran sehinggalah PH tumbang pada 24 Februari 2020.

Petang tadi ketika melawat PDM Ayer Hitam Selatan, saya telah mengumumkan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) di bawah Kerajaan PN telah meluluskan peruntukan berjumlah RM250juta di bawah RP4 RMK11 peruntukan tahun 2020 untuk pembinaan median, pusingan U dan kerja-kerja berkaitan jalan Batu Pahat - Ayer Hitam - Kluang FT050 (4 lane dual carriageway - R5) fasa 3 : Daripada KM 21 sehingga KM 35 (Parit Sempadan, Batu Pahat hingga selepas tol Ayer Hitam).

Semasa pemerintahan Kerajaan PH, saya selaku Ahli Parlimen pembangkang telah berkali-kali membawa isu ini di dalam Kamar Khas Dewan Rakyat tetapi jawapan daripada Menteri Kerja Raya PH, YB Baru Bian, memang menghampakan dengan pelbagai alasan & helah yang tidak munasabah.

Apabila PN mengambilalih kerajaan pusat pada Mac 2020, saya sekali lagi membawakan isu sama kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadilah Yusuf, dan akhirnya dapatlah berita baik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh warga di kawasan Ayer Hitam.

Terima kasih KKR!

Wee Ka Siong
MR : PH kaki kencing.. DAP tu tuan PH   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ph pakatan harbi
    Babi punye pengundi ph,,,
    Bodoh mengalahkan babi,,,,
    Pengundi ph kebanyakan org bando yg bajet2 pandai,,,
    Bodoh punye org bando
    Setan bodoh ko org bando
    Babi pown x bodoh mcm ko org bando
    Sialll la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org bodoh cm ko je percaya DAP kuasai PH, pdhal Dr m yg mastermind semuanya... Perintah cume 22 bulan, cmane nk tunaikan semua...

      Padam