Header Ads

Header ADS

Kabinet bincang isu tubuh RCI TH dalam masa terdekat


PETALING JAYA:
Kabinet akan membincangkan cadangan penubuhan surahanjaya siasatan diraja (RCI) dalam masa terdekat bagi menyiasat dakwaan salah laku di Tabung Haji (TH) terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad berkata, penubuhan RCI itu bertujuan untuk mencari titik penyelesaian yang boleh diterima semua pihak, dan paling utama memastikan segala urus tadbir lembaga itu menepati kepentingannya sebagai institusi milik umat Islam.

“Kerajaan akan meneliti segala transaksi yang dibuat TH sebelum ini ataupun pada masa akan datang. Fokus kita bagi memastikan pelaburan TH dijalankan dengan penuh integrity dan beramanah serta selari dengan matlamat ia ditubuhakan,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, beberapa ahli Parlimen mencadangkan RCI ditubuhkan bagi menyiasat secara telus dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam itu.

#Sumber : FMT   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.