Header Ads

Header ADS

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya memandang serius video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.

Menurutnya, isu tular itu mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak tertentu.

"Saya sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya pada pagi ini.

"Beliau memaklumkan pihak JIPS akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan terbabit di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada SPRM dan tidak menghebahkan sesuatu isu di media sosial kerana ianya tidak akan membantu proses siasatan.

Malah, katanya, tindakan itu hanya akan memberi peluang kepada pihak terbabit menghapuskan bukti dan keterangan yang ada.

Terdahulu, pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar semalam menafikan dakwaan itu dan berkata, ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

#Sumber : Metro    

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.