Header Ads

Header ADS

Kenapa menteri ingkar kuarantin tak didakwa di mahkamah, soal pembangkang


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan isu seorang menteri tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki, di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali berkata, tiada sesiapa yang melebihi undang-undang kerana akta digubal untuk melindungi rakyat dan negara.

“Sesiapa saja kalau kita lihat, semasa Covid-19 ini, malah Agong dan perdana menteri sendiri melalui kuarantin di rumah.

“Tetapi, kalau ada kes lebih serius yang dijalankan penyiasatan polis, maka ini terpulang kepada agensi seterusnya seperti pihak polis dan peguam.

“Kalau kes Seksyen 24 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dihadapkan ke mahkamah, maka mereka akan buat keputusan yang selayaknya untuk kesalahan dilakukan dan tak kira sesiapa,” katanya di Dewan Rakyat.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati sekali lagi mempersoalkan kenapa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali tidak dihadapkan ke mahkamah.

Mereka mahu tindakan lebih tegas kerana rakyat yang melanggar peraturan Covid-19 dipenjarakan, tetapi bukannya menteri.

Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berkata, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob pernah berkata, mereka yang melanggar peraturan akan didakwa di mahkamah mulai April lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon bertindak mematikan speaker dan mengingatkan ahli Parlimen tiada soalan tambahan dibenarkan.

“Ini bukan sesi perbahasan, ini sesi pertanyaan, soalan sudah dijawab.”

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata, Khairuddin dikompaun RM1,000 selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, walaupun Khairuddin dikompaun RM1,000 atas kesalahan itu, kes itu masih disiasat polis.

Khairuddin sepatutnya menjalani kuarantin wajib 14 hari sekembali dari Turki pada 7 Julai lalu, tetapi beliau menghadiri beberapa acara, termasuk sidang Parlimen pada 13 Julai lalu.

Khairuddin kemudiannya memohon maaf dan berjanji akan memulangkan semua gajinya sebagai menteri untuk Mei hingga bulan ini sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan.

#Sumber : FMT   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kan ke polis tengah siasat..kalau ada kes dan dia dibawa ke mahkamah dia mengaku bersalah..tamat....kalau dia mengaku tidak bersalah maka berlanjutanlah kes ni. Jangan ke bercakap confirm....

    BalasPadam
  2. menteri2 P unah H arapan mengaku jika AKU tuhan...aku akan.. dan Nabi Muhammad pernah berbohong KHALID SAMAD....Nabi berjuang sebagai perlarian...mat sabu ada MINTA MAAF/dan pulang gaji/???ROSAK AKIDAH LEBIH BAHAYA DARI COVID hingga AKHIRAT

    BalasPadam
  3. Puak RBA ternakan parti kafir harbi roket adalah kepala bapak hipokrit lidah bercabang yang sangat terdesak untuk menfitnah dan memburuk-burukkan menteri PN dan menghasut rakyat membenci kerajaan PN.

    Sikap kepura-puraan RBA dan tuan kafir harbi mereka sendiri terdedah apabila mereka tidak membuat heboh seluruh negara apabila:

    (1) Pee H pimpinan gonna end kencing rakyat sehingga hancing dengan pelbagai janji palsu , fitnah, pembohongan dan U-turn.

    (2) Pee H membebaskan pemimpin-pemimpin roket dari pelbagai dakwaan rasuah seperti kes ban glo dan tero wong dan dakwaan jenayah seperti LTTE dll yang sedang dibicarakan di mahkamah.

    (3) Puak kafir harbi roket dan khadam liberal mereka menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    (4) Pee H terutamanya puak kafir harbi roket cuba menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam terutamanya hak kaum Melayu dan hak raja-raja Melayu dengan mendesak ICERD, Rome Statute, Malaysian Msia dll dilaksanakan sedang kita semua tahu semua hak tersebut telah dijamin oleh kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

    (5) KERA jaan Pee H membenarkan kemasukan rakyat China Komunis beramai-ramai ke negara kita di waktu wabak covid-19 sedang merebak di negara China . Ini bererti Per H sengaja membenarkan virus covid-19 memasuki negara ini. Akibatnya wabak covid-19 berlaku di negara kita dan kerajaan PN terpaksa menyekesaikan masalah ini yang berpunca dari kecuaian Pee H sendiri.

    Maka kesalahan Pee H adalah jauh lebih besar dan lebih serious dari kesalahan menteri PH yang telah disahkan negatif covid-19 dan tidak berbahaya kepada orang ramai berbanding dengan makcik dan tokey nasi kandar yang telah disahkan positif covid-19 dan boleh merebakkan virus covid-19 kepada orang ramai.

    Bukankah ini semua menunjukkan Pee H telah muflis idea dan sangat terdesak sekarang untuk menfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan PN yang mendapat tempat di hati rakyat sehinggakan Pee H sanggup membesar-besar isu kecil dan remeh sejak Pee H kalah berturut-turut dalam PRK dan takut bertanding menentang PN dalam PRK terbaru ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you sedara. Saya akan share posting ni.

      Padam
  4. Apa masalah PH ni? Bukankah dia test negatif utk Covid?
    Kuarantin pun apa gunanya. Kalau ya pun tak puas hati, buatlah laporan polis biar polis handle. Masuk mahkamah atau tidak itu bukan bidang kuasa ahli parlimen.
    Isu remeh macam ini pun mahu buat gempak. Lainlah kalau dia positif Covid, then bolehlah you melalak. Turki pun bukannya negara yang wabaknya tak terkawal macam China.
    PH punya MP semua kuat bising.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.