Header Ads

Header ADS

Ada saya curi duit bapa awak, ahli Parlimen Baling tanya Rayer


KUALA LUMPUR:
Hari terakhir perbahasan di Dewan Rakyat berhubung rang undang-undang Covid-19 menjadi tumpuan dengan perdebatan hangat antara wakil kerajaan dan pembangkang mengenai isu kontroversi lawatan seorang menteri ke Turki.

Ketegangan itu bermula sejak pagi tadi dengan pembangkang berulang kali meminta penjelasan berkenaan dwi-standard dalam hukuman antara rakyat dengan seorang menteri yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia berlanjutan sehingga ke sesi petang apabila Shahidan Kassim (BN-Arau) mengkritik kerajaan lepas kerana gagal “mengurus” industri minyak sawit pada masa itu.

Shahidan berkata, harga komoditi jatuh tahun lepas berbanding sekarang.

RSN Rayer (PH-Jelutong) berdiri dengan berkata bahawa Shahidan mengelirukan Dewan kerana ramai menteri yang mengurus ekonomi negara duduk di sebelah kerajaan.

“Tanya Gombak (Mohamed Azmin Ali) yang terlibat dengan ekonomi negara,” katanya.

Ini menyaksikan Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mempertahankan pertumbuhan sektor minyak sawit di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Rayer memberitahu Azeez supaya tidak mencelah. “Kamu pencuri. Duduklah.”

Azeez menjawab: “Ada saya curi duit bapa awak? Kalau ada, awak cakap sekarang.”

Pembesar suara ditutup selepas itu bagi mententeramkan keadaan.

Ahli Parlimen seterusnya yang berbahas ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang bercakap mengenai dwi-standard yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

Merujuk kepada orang awam yang didenda dan dipenjara kerana tidak memakai pelitup muka atau tidak menjalani perintah kuarantin wajib, beliau meminta penjelasan mengenai ketidakseragaman dalam pelaksanaan undang-undang terhadap VIP.

Dalam pada itu, ahli Parlimen lain menggesa speaker Azhar Harun supaya melarang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali, yang tidak mematuhi peraturan kuarantin, daripada masuk Dewan sehingga kesnya selesai.

Rayer mengingatkan Azhar bahawa beliau baru-baru ini mengarahkan ahli Parlimen yang mempunyai kes Covid-19 di kawasan mereka menjalani saringan.

Katanya, Khairuddin secara jelas melanggar undang-undang Covid-19.

Azhar berkata, Khairuddin pergi ke Turki pada 3 Julai, iaitu sebelum pelantikannya (Azhar) sebagai speaker pada 13 Julai.

“Kedudukan saya adalah saya tak punyai kuasa untuk memerintah ahli Parlimen membuat itu dan ini. Saya tak buat petua sebab petua yang saya boleh buat hanya di bawah Peraturan Mesyuarat,” katanya.

Justeru katanya, beliau menasihati ahli Parlimen yang mempunyai kes Covid-19 di kawasan mereka untuk menjalani ujian virus, dan tidak membuat arahan.

#Sumber :  FMT  

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Dia bukannya positif Covid. Jadi apa masalahnya?
    Lainlah kalau dia positif Covid.
    Pembangkang tiada isu.

    BalasPadam
  2. Bagi 1 je jawapan kepada ph komunis ni,,,kami kerajaan ikut suka kami lah korang ph susah apa

    BalasPadam
  3. Jadi u ada curi duit org ke ?

    BalasPadam
  4. Umat mwlayu jangan benarkan pemimpin rasist india sot reyers itu mendapat tempat sebagai pemimpin dlm negara ...dekokrasi tdk bermakna mengangkat dari kaum india utk jadi pemimpin dlm negara ini...semua pemimoin melqyu tiada kompromi pd kaum minoriti ini yg dah spt kaduk naik jungjung...melayu usah lagi tertolak ansur od pemimoin yg pqling rasist itu...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.